Thursday 28 February 2019

"I'm an SPM Leaver, What Course Should I Take?"

Hello everyone, so as you can see from the title, I will try to help you to decide on which course you should take. Taktau nak ambil course apa lepas SPM ni tersangatlah normal and you are not alone in this :) So here are some of the things that you should consider before applying for a course.

1.    Minat
Firstly, awak perlu tahu minat awak lebih ke arah apa. Benda ni cliche but ramai jugak yang ambil course lepas tu baru sedar dia tak minat. Try to give yourself some time to think. Course yang awak akan ambil adalah penentu masa depan awak.

Firstly awak tanya diri awak sendiri adakah kerja ni yang awak nak buat untuk seumur hidup awak? Adakah kerja ni yang awak nak buat bila awak dah tua 50 tahun nanti? If yes, then don't hesitate lagi, just pursue that course. Jika awak tak ada course di minda, awak boleh pergi afterschool.my, dan tengoklah segala list courses yang ada dekat situ. Trylah baca satu-satu. Kalau awak rasa tak faham explanation dekat afterschool tu, awak boleh type dekat google "What does (nama course yang awak jumpa) do". Dari situ awak boleh tengok tugas-tugas untuk kerja tu. So kalau kena dengan apa yang awak minat, bolehlah awak cuba pursue. Tapi kalau awak still tak tahu juga, sila list down apa yang awak suka buat. Tak kisahlah kalau benda tu tak masuk akal.

Contohnya, lepas saya habis SPM dulu, saya list yang saya nak kerja yang boleh jalan-jalan. Tak kisahlah jalan dalam ofis ke jalan luar ofis ke asalkan tak duduk satu tempat dalam masa yang lama. Lepas tu saya nak kerja yang saya boleh kacau kerja orang lain juga. Saya juga nak kerja yang kena deal dengan orang baru. Walaupun saya rasa benda saya tulis tu tak logik dek akal, end up saya jumpa course yang sesuai dengan apa yang saya nak iaitu Human Resource. Saya taknak panjang lebar cerita pasal course saya but just nak relatekan dengan apa yang saya list tadi.

Firstly, nak kerja yang kena jalan-jalan. Human Resource ni banyak kena deal dengan orang so kalau ada pekerja yang bermasalah ke, saya kena cari dia dalam ofis tu untuk bincang. So, maybe kenalah saya jalan or orang tu yang kena jalan ke saya hehe Selain tu, nak yang boleh kacau kerja orang. Human Resource menentukan gaji-gaji pekerja based on performance dia which means saya boleh tahu gaji orang. Lepas tu kalau orang ada masalah dengan kerja, nak minta cuti atau ada masalah dengan pekerja lain, dia akan kena deal dengan Human Resource which means saya boleh tahu masalah orang apa. So dari situ saya dapatlah meneruskan career makcik bawang saya. Akhir sekali, saya nak kerja yang kena deal dengan orang baru. Human Resource bertanggungjawab untuk ambil pekerja baru, so secara tak langsung, saya kena deal dengan orang baru untuk interview dan training.

So based on cerita saya tadi, list je apa yang awak suka. Lepas dah list, awak search kat google job scope untuk sesuatu kerja yang awak rasa berkait rapat dengan yang awak list tu. Kalau tak berkait rapat, awak cuba cari job scope untuk kerja lain pula sampailah awak jumpa yang kena dengan hati.

2.    Solat Istikharah
Kalau awak buntu, cubalah istikharah. Istikharah bukan untuk cari jodoh je but juga untuk buat decisions yang lain. Untuk cara-cara solat istikharah, awak bolehlah search dekat google. Kadang-kadang kita rasa benda tu baik untuk kita, tapi sebenarnya tak. Dan kekadang kita rasa benda tu tak baik untuk kita tapi sebenarnya itulah yang terbaik untuk kita. Sesungguhnya, hanya Allah sahaja yang tahu. Jadi, untuk hilangkan kekeliruan, buatlah solat istikharah. Kalau nak lagi confirm and cepat dapat keputusan, buatlah solat istikharah selalu. InsyaAllah awak jumpa apa yang awak nak.

3.    Tanya Ibu Bapa dan Kawan-kawan
Kadang-kadang orang sekeliling awak lebih nampak awak ni jenis macam mana. Tanyalah orang-orang sekeliling awak, awak ni jenis yang lebih minat ke arah apa. Tapi awak juga kena make sure apa yang dorang cakap tu kena tak dengan awak. Kalau contoh dorang cakap "Kau ambil lah Sains sebab kau kan terer Sains" tapi hakikatnya awak tak terer dan tak minat, fikir-fikirlah semula. Kalau awak minat benda tu tapi tak terer, tak bermaksud bila masuk universiti nanti awak tak boleh buat. Kadang-kadang kita tak terer subjek tu kat SPM tapi bila masuk universiti eh terer pulak rupanya. So awak kena tahu keupayaan diri awak. Kalau rasa tak boleh bawak, ada banyak lagi course lain dekat luar sana :)

4.    Jujur dengan Diri Sendiri
Benda ni yang paling ramai tak buat iaitu jujur dengan diri sendiri. Saya taknak cakap pasal orang, cukuplah ambil contoh terdekat iaitu diri saya :) Sebelum apply UPU, saya sangat yakin yang saya nak ambil engineering. Abang dengan kakak saya ambil engineering so I thought it would be cool kalau adik beradik saya semua ambil engineering. Tapi bila saya baca description tentang course tu, saya tak tahu saya boleh bawak or sebenarnya minat ke tak. Tapi hati saya time tu kata saya memang nak engineering. Alhamdulillah, Allah buka minda saya, saya sedar yang saya sebenarnya tak minat pun course tu. Saya nak ambil engineering sebab 'nama' dan nak nampak gah je dan sebab tulah saya rasa saya yakin nak ambil course tu. Bukan sebab memang minat nak ambil. So start saya sedar tu, saya buang cita-cita saya ambil course tu dan cuba cari course lain yang kena dengan minat saya. Nampaknya takdelah title 'Adik beradik engineering' :'( so yeah, saya harap awak dapat ambil iktibar dari cerita saya yang tak seberapa ni.

Awak kena tanya diri awak adakah awak nak ambil sesuatu course tu sebab awak memang minat atau awak hanya nak nampak tinggi di mata masyarakat. Tapi kalau nak nampak tinggi di mata masyarakat pun, apa salahnya ;) But make sure lah course yang awak nak ambil tu awak tahu awak boleh bawak. Tu yang paling penting. Tahu potensi awak sejauh mana okay :)
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ 

So yeah, I guess tu je points yang I boleh fikir sekarang. Kalau awak dah yakin dengan course awak, selamat maju jaya. Kalau awak dah ambil course tu nanti tetiba awak rasa tak minat atau tak boleh bawak, remember, banyak lagi peluang di luar sana. Just because awak ambil course tu, tak bermaksud awak terikat untuk stay dengan bidang tu je.

Kalau diploma awak ambil business tetiba tak minat, degree awak boleh tukar ambil course lain pula. Kalau tetiba degree awak tak minat juga course tu, jangan risau, master awak boleh ambil course lain pula ataupun kalau awak nak terus kerja, awak boleh kerja bidang lain. Awak tak terikat dengan sesuatu benda tu je untuk seumur hidup :) Ada yang belajar dentistry, end up jadi chef sebab minat. Ada yang belajar engineering, end up jadi entrepreneur yang berjaya. So kesimpulannya, awak boleh jadi apa-apa je yang awak nak dalam dunia ni dan takde siapa yang boleh halang awak :) All the best!

12 comments:

  1. Boleh tak awak ceritakan course Human Resource yang awak ambil tu? Saya rasa tertarik nak dengar cerita awak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, saya rasa saya tak mampu nak ceritakan course hr dengan tepat. Maybe awak boleh refer post ni :)
      https://www.allbusinessschools.com/human-resources/job-description/
      http://daiaziz.blogspot.com/2013/03/kos-human-resource-management-uitm.html

      Delete
  2. nice blog. membangkitkan semangat nak belajar. saya dah sem 5 om sekarang.

    ReplyDelete
  3. Hii, can you suggest what course should i take? I jenis minat kerja office duduk hadap computer. Other than course IT.. what else ehh? Hari hari fikirr😭😭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Computer Science, Accounting, Finance, Graphic Design, Business Management (ada deal dengan orang juga, but mostly banyak guna computer) and many more that I'm not very sure of :)

      Delete
  4. Hi, mesti dh grad diploma right? Boleh tahu awak degree os ke? Kalau ya, course tu best tak? Nnti nk kerja apa after grad degree?

    ReplyDelete
    Replies
    1. I took degree in Human Resource Management so tak sure OS best ke tak. Right now kerja in Human Resource juga :)

      Delete
  5. Assalamualaikum kak, boleh saya tahu akak ambil course ni kat cawangan mana?

    ReplyDelete
  6. omg i rasa beruntung gila i jumpa ur blog ! all in 1 weh alhamdulillah thankyou so much sebab share bnyk benda about om nii rasa excited nak belajar btw i student om baru in uiTm also hehe ! and i nak write down semua list barang utk masuk kampus yg u share hihi loves to read repeatedly about all ur experiences in om studies, xoxo <3

    ReplyDelete