Sunday 20 November 2016

Semester 3 Office Management (Entry 2)

Assalamualaikum you guys :D

Kursus Universiti
Kali ni still kursus universiti sebab OM ada 4 Kursus Universiti sem ni kekeke 

Foundation Arabic (Level I); TAC101
Saya minta maaf sebab tahun lepas saya cakap OM di kampus saya akan belajar Mandarin untuk third language. Well, benda tu betul, used to lah. Sekarang dah tukar kepada Arabic sebab takde lecturer Mandarin start dari batch saya hewhew

Awal-awal ramai sedih sebab dah excited nak belajar Mandarin dari dulu, tetiba turn kita orang nak belajar Mandarin, kena tukar Bahasa Arab pulak. Awal-awal susah nak terima tapi lama-lama bersyukur dapat belajar Arab, lagi-lagi ustazah yang baik dan sangat penyayang!! Disebabkan ustazah kita oranglah, kita orang jadi makin suka dekat Bahasa Arab!! Dia ajar bagus sangat! Best!

Selalu kelas lain rasa macam lama je nak habis. Selalu check jam sebab tak sabar nak habis kelas haha kelas Arab ni 2 jam, sama je macam subjek lain, tapi rasa sekejap sangattt. Kadang-kadang bila kelas habis ramai terkejut "eh, cepatnya habis!" so nampak tak kat situu. Masa berlalu dengan pantas bila kita tengah enjoy sesuatu benda tu. So memang kita orang makin suka belajar Arab sebab banyak aktiviti ustazah kita orang buat. Rasa hati yang sedih bila awal-awal sem tu dah terubat gituuu hahaha sayang ustazah! Harap-harap ustazah tak pindah kampus lain sem depan :(

Kita akan belajar daily conversations; macam nak perkenalkan diri, pasal makanan, kerja, warna dan macam-macam lagi. Basically Arab ni awal-awal memang rasa susah sebab awal-awal kan tak tahu apa sangat, tapi bila dah lama-lama belajar, makin senang nak faham. Yang penting, kita kena rajin nak mendalami dan kena ada semangat nak belajar. Kalau tak semangat, susah nak absorb apa yang kita belajar hehe untuk subjek ni, saya hafal je segala perkataan yang ada dalam buku teks tu. Memang yang masuk exam benda-benda yang ada dalam buku tu je. Saya suka subjek ni jugak sebab benda baru kot! Kadang-kadang berborak Arab dengan budak kelas so macam awesome! Haha

Untuk Arabic ni akan ada Writing, Listening dengan Reading jugak macam ELC. Writing tu kita akan jawab soalan macam kena susun ayat, betulkan grammar etc, maksudnya test bertulislah. Untuk listening pulak, lebih kurang macam listening test ELC which kena dengar soalan and pilih jawapan yang betul. Reading pulak, kita kena baca petikan yang kita dapat, depan lecturer. Dia ambil kira sebutan kita betul ke tak, lancar tak, dan tu semua ada markah. Lepas tu ustazah akan tanya soalan dan kita jawab terus secara lisan.

Arab ni pun best sebab haritu setiap kelas kena buat choral speaking lawan dengan kelas-kelas yang lain. Satu malam tu memang malam untuk kita orang berchoral speaking dan ramailah senior dan orang course lain datang. Tapi sambutan tak berapa ramai haha tapi bestlahh sebab dah banyak kali kita orang gadai masa demi nak practice choral speaking tu. Makin rapat dengan budak kelas sebab almost every day ada practice. Sepanjang practice tu, sanggup gadai masa tidur sebab nak choral speaking kita orang perfect. Bila dah rasa perfect dan puas dengan performance kita orang, terus sekelas bangga sendiri padahal belum lawan lagi hahaha menang kalah tu adat pertandingan, yang penting ialah the memories that we got to create together :D

Kursus Utama

Executive Note-Taking; OBM200
Untuk subjek ni pulak, kita akan belajar cara nak ambil nota dengan laju, so kita akan belajar abbreviations dan short forms dalam bahasa Melayu dan Inggeris. Cohtohnya, perkataan yang diakhiri dengan 'lah' akan dieja sebagai L sahaja. Contohnya, tunjukL, tapi kita kena buang vowels antara consonants, so jadi 'tnjkL'. Awal-awal memang rasa kenapa pelik sangat subjek ni haha contoh ayat, "hri n, s nk prgi psr u m bli dgG d rti." Maksud dia sebenarnya "Hari ini, saya nak pergi pasar untuk membeli daging dan roti." Tu je hahaha nanti akan ada dua test, satu english, satu bm untuk test abbreviations kita betul ke tak dan juga kena tukar dari ringkas ke ayat penuh dan sebaliknya :D

Bila dah terer sikit, kita kena tulis apa yang lecturer kita baca (surat). So kena lajulah untuk note-taking ni. Note-taking ni sebenarnya berguna sebab bila kita dah reti, kita boleh tulis je short form kalau malas nak tulis sebab kita faham apa yang kita tulis tapi orang yang tak belajar subjek ni tak berapa nak faham sangatlah haha awal-awal akan rasa lecturer cakap laju sangat, tak dapat nak salin satu-satu apa yang lecturer cakap. Just make sure rajin revise balik untuk subjek ni, takut cepat lupa. Lepas dah salin apa yang lecturer baca, kita kena type semula apa yang kita dah tulis dan jadikan surat. The end.

Records Management for Office Professionals; OBM247
Subjek ni kena rajin fahamkan diri haha bagi saya, awal-awal saya tak faham sangat bila dah start chapter pasal indexing rules. Indexing ni, kita kena susun nama orang or company alphabetically, lepas tu ada perkataan yang kena ubah ke belakang, ada perkataan yang kena sambungkan etc. Dulu saya takut sebab dalam kelas saya tak faham sangat, tapi sebenarnya sebab saya je yang main kat belakang haha bila nak test, barulah try belajar. Rupanya senang je, sampai saya sukalah buat indexing dan cross-reference sebab dia kena susun sana sini so best haha

Subjek ni jugak kita akan belajar pasal office lagi. Belajar barang-barang dalam office, jenis-jenis perkakasan office, function registry, mail room, dan benda-benda yang berkaitan dengan office hehe

Kursus Bukan Utama

Principles of Economics; ECO120
Eco ni ramai takut tapi tak perlu takut pun sebenarnya. Buku dia memang ada perkataan yang sukar difahami sikit, so kena rajin bukak kamuslah. Bila dah tahu makna perkataan tu, make sure tulis dalam buku eco kita tu so that bila baca balik takyah susah-susah nak cari maksud perkataan tu balik. Eco ni elok dibaca berulang kali. Pertama kali baca ingat faham dah, rupanya bila baca kali kedua, ohh ni makna dia rupanya! Tersalah tafsir sebelum ni haha

Kita akan belajar microeconomics dengan macroeconomics. Kita akan belajar pasal demand and supply. Contohnya, bila demand dan supply untuk sesuatu barang meningkat or mengurang. Belajar pasal market equilibrium, market structure, macam mana nak kira revenue, marginal cost, national income apa semua. So, kalau nak tahu apa semua tu, tunggulah sem 3 nanti kekeke

Eco ni kena faham je sebenarnya. Jangan setakat baca tapi tak faham. Make sure faham betul sebab bila faham senang nak ingat. Kalau time exam kita lupa ke apa, at least kita faham, so bolehlah terang apa yang kita faham kan hehe jangan anggap subjek ni susah sampai nak give up. Positive kan diri yang kita boleh buat, inshaaAllah kita boleh. Kalau faham betul-betul, tak susah sangat pun dan tak senang sangat jugak haha interesting je sebenarnya. Kalau jawab soalan kena hati-hati, make sure faham betul-betul apa yang soalan nak.

Hafal graph yang kita belajar jugak sebab nanti ada soalan yang suruh kita sketch graph. Dah sketch tu kenalah label semua axis yang ada, so make sure hafal bentuk graph betul-betul sebab dari graph jugak kita kena explain graph kita tu kalau soalan mintak explain hehe bagi saya, buku teks Eco yang warna hijau tu memang terbaiklah explanation dia sebab dia memang terang satu-satu so senang nak faham. Jangan malas baca dan fahamkan je, kalau malas memang rasa susah hehe

Eco sebenarnya dah tukar credit hours dia. Dulu 3ch je, sekarang dah jadi 4 credit hours. Banyak kot! So memang kena jaga betul-betul sebab kalau gred eco teruk sikit, dah boleh jatuh menjunam pointer :O Pengajarannya, jagalah Eco macam anak sendiri bagai menatang minyak yang penuh, inshaaAllah tak menyesal haha

Public Speaking; COM165
Public Speaking ni best!! Ramai tak suka sebab kena bercakap kat depan tapi saya suka!! hahaha sorrylah banyak sangat subjek yang saya suka :p

Mula-mula akan belajar theory, macam mana nak jadikan public speaking kita bagus. Lepas dah habis belajar satu buku text, kita ditugaskan untuk membuat public speaking in ENGLISH depan the whole class! Nama pun public speaking kan, so kenalah ada audience kekeke

Ada 3 speech yang kita kena buat. First speech, kita akan diberi tajuk untuk introduction. Kita buat speech berdasarkan tajuk yang diberi mengikut kreativiti selama 3 minit. Tu memang akan ramai bagus sebab semua motivated nak markah penuh. Tapi lepas tu kena buat lagi 2 speech; informative and persuasive selama 8 minit. Untuk informative, kita kena cerita benda yang kita nak orang tahu. Contohnya, macam mana nak kekal sihat. So kita akan ada 3 points yang kita kena ellaborate. So ada introduction, 3 points and penutup. Semua orang akan nervous, beza dia sama ada kita tunjuk nervous kita atau tak. Untuk persuasive pulak, kita kena persuade orang untuk buat sesuatu, maksudnya kena ajak orang. Contohnya, persuade orang untuk berhenti merokok. So dalam speech kita tu kenalah cakap kenapa rokok ni bahaya.

Bila kena buat informative dengan persuasive tu, maybe ramai dah start busy sebab dah pertengahan semester, nak habis dah pun. So make sure kita prepare awal-awal speech tu. Jangan tangguh buat outline apa semua sebab nanti lagi busy. Practice speech kita tu berkali-kali so that bila buat kat depan, kita jadi lancar :D

Tajuk kita jugak kena menarik, make sure yang boleh menarik perhatian orang sebab bila kita bagi speech kat depan, kita kena confident. Kita akan dapat markah dari cara penyampaian speech. Kalau tajuk kita bosan, kawan pun malas dengar. Bila kita tengok kawan kita yang tengah tak dengar, so mesti rasa down. Bila kita down, kita pun dah tak berapa nak confident, so markah pun kena tolak. Camtulah cerita dia. Bila orang bagi speech, kita pun kena tolong dia jugak. Tunjuk yang kita berminat nak dengar so that dia pun confident :)

Ni lah peluang nak memperbaiki cara kita bercakap kat depan. Jangan malu, sebab benda ni inshaaAllah berguna untuk masa depan. At least kita ada experience bercakap depan orang ramai. Nanti dah habis belajar, lagi ramai orang kita kena jumpa. So gunakan peluang ni agar kita lebih confident untuk berjumpa dengan ramai lagi orang hikhik :D
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ 

So that's a wrap for this semester woohoo! saya enjoy semester ni walaupun kekadang rasa nak give up sebab agak busy, tapi tetap positive kan diri! Just believe that you can and everything else will fall into place :D Thank you for reading! Babai :*

Wednesday 16 November 2016

Semester 3 Office Management (Entry 1)

Assalamualaikum semua :)

Dah lama jugak tak buka blog ni sebab saya buka bila nak update je hehe sejujurnya terkejut banyak sangat pageviews :O Tak sangkalah ramai orang akan baca blog saya ni haha anyway, terima kasih kepada semua yang sudi baca blog saya. Saya harap blog saya ni bermanfaat untuk awak semua :D

Okay, so harini saya nak cerita pasal semester 3. Sem ni agak busy sebenarnya, kena manage masa dengan betul sebab sem ni paling banyak subjek. Ada 8 subjek tahu tak :O Awal-awal memang macam ugh banyaknya subjek, tapi sebenarnya best je sem ni :) Nak tahu sebab apa best? Sebab subjek yang belajar sem ni best2 tapi ingat, kena pandai manage masa sebab akan ada satu tahap yang akan rasa, alamak! Sempat ke nak siapkan semua ni. Akan ada masa yang minggu tu almost every day ada test, nak kena hantar assignment apa semua, nak minggu tu jugak. Memang runsing fikir sampai saya dah lama tak pergi Taekwondo walaupun saya suka :p Maybe salah saya jugak sebab sem ni saya banyak buat kerja last minute hahaha jangan ikut contoh saya sebab seriously, kalau buat semua last minute, memang rasa gila lah! Sampai ada kawan saya sorang ni cakap "Rasa nak bunuh diri je" hahahah that was a joke but seriouslah tak tipu, ramai rasa sem ni busy, lagi-lagi kalau join kelab ke apa. Bagi mereka yang pandai manage masa, InshaaAllah okay je :D Jangan takut sangatlah sebab busy, memang semua course akan ada sem yang busy terlebih hahaha so let's start :D 

*Ni mungkin post paling panjang sebab saya bukan setakat share pasal subject tapi pasal experience saya sekali haha sorry! Just sebagai kenangan untuk masa depan haha

Kursus Universiti
Kebanyakan course, semua last Kursus Universiti sem 3 ni!! Yayy!! Hahahah tapi untuk course OM, guys, kita ada ELC lagi sem 4 nanti guys jangan nak bahagia sangat hahaha tapi bestlah CTU dengan HBU last!! Woohoo hahaha

Integrated Language Skills - Writing; ELC230(English)
Generally I think this subject is quite interesting for this semester. From the name of the course, you can say it all. This subject emphasizes on writing. As many of you know, ELC prepares you for MUET so it will teach you the components of MUET which are Listening, Reading, Writing and Speaking. Since we have learned Listening and Reading for the past semesters, this semester on the other hand prepares you for writing.

You will have to sit for two tests that will test you on writing. The first test will you require you to write an essay for about 180-200 words. For example, "Write an essay of about 180-200 words on how one can gain benefits through participating in voluntary work." For the second test, you will have part A and part B. Part A is a reading comprehension and part B is writing which you will have to write a report. You will be given a diagram and you will have to explain the diagram in less than 200 words. So I guess that's basically it for the tests.

So, here's another interesting movie assignment that you will have to work on for this semester. You will have to give your opinions about the movie that you choose. It is an oral commentary. Everyone in the class has to choose a different movie to continue with the assignment. I chose "Home" which is an animation movie. I was so excited because yes, you will have to watch a movie for an assignment! It was like an excuse for me to watch a movie in the midst of my busy schedule :p You will have to give your comments about the movie in front of the whole class without the help of the slides but you can surely refer to your cue cards :) I think it was fun because I could talk about my favourite movie in front of the whole class, so I wasn't even complaining hehe

The last assignment for this subject would be argumentative article. You will have to find an article of about 600-800 words I guess, I'm not quite sure (you will need your lecturer's approval) and from that article, you will have to write an argument with your partner of about 400 words. It sounds a lot but not really. Talk about how you agree or disagree with the points in the article and that was basically it. So yeah, this subject was somehow interesting to me :D

*So apparently ELC230 has changed its code to ELC231 which my lecturer said there will be a little change in this subject, therefore some of the things that I said might not be valid anymore after this hehe

Islam and Management; CTU263 (Agama)
Okay so, sem ni CTU semua course lain-lain. Kalau korang OM, korang akan belajar Islam and Management tapi kalau course engineering or science, korang akan belajar pasal Islam Technology ke apa benda tah. CTU263 ni obviously pasal pengurusan :p Sem ni takde kena hafal surah macam sem-sem lepas. CTU seperti biasa, apa yang dalam buku lain, yang lecturer ajar lain, yang dalam slides lecturer lain, soalan yang keluar pun lain -.- hahaha tapi belajar jelah apa-apa yang dah belajar dalam buku tu. Kalau pakai buku teks hijau Pengurusan Islam tu, sampai bab 9 je yang belajar and masuk exam, yang selebihnya takyah baca pun. Sem ni seperti biasa, kena buat group project pasal tajuk yang lecturer korang bagi. Carilah buku rujukan kat library, then start dengan project hehe nanti rindu nak pergi library sebab nak cari buku rujukan CTU. Tah-tah lepas ni tak pergi library dah sebab takyah nak cari buku dah haha teruk betul. Yang lainnya sem ni, project kita ni kena present kat depan. Seperti biasa jugak, perkataan arab untuk sesetengah benda kena hafal hehe saya rujuk kat ilearn; slides lecturer campus lain untuk cari perkataan arab asas macam tazkiyah semua tu. Nanti korang tahulah hehe :D

National Kesatria lll; HBU131 (Koko) 
Okay kor ni, semua lain-lain. Ikut kampus dan ikut kor korang apa. Saya kor JPAM dan kampus dekat Jengka. Saya suka sangat JPAM dekat Jengka ni sebab komander memang semua baik-baik hahaha dari sem 1 memang saya bahagia je pergi kor kecuali sem 2 saya malas sebab kena datang awal terlebih tu je haha sem ni komander takdelah nak start tepat pukul 5 sangat and asar pun awal so takdelah rushing sangat. Sem ni dengan sem lepas sama je, saya ada kelas sampai pukul 4. Lepas tu nak balik, tukar baju dengan solat lagi, kadang-kadang berlarilah jugak pergi kor sebab taknak lambat. Nanti tak pasal-pasal kena denda lari bangunan. Kat Jengka ni, ramai jealous dengan JPAM sebab komander dahlah baik, kita orang mana pernah kena denda apa semua. Kalau kor lain buat salah sikit, semua kena! Kena buat planking lah, segala macam. JPAM Jengka ni paling teruk pun kena tadah bebelan komander. Dorang setakat bebel je, mana ada apa sangat, so memang saya suka lah JPAM ni. Saya paling tak fahamlah kalau budak JPAM Jengka nak benci komander. Pelik jugak panggil komander sebab JPAM panggil pks hehe haa pks mana pernah denda kita orang, so nak benci buat apa, bersyukur jelah nak haha

JPAM sem ni paling best sebab last sem JPAM kan :p Saya dari sem 1 sampai sem 3 tak pernah nak stay sama group haha tahlah, best bila tukar-tukar group ni sebab lagi kenal ramai orang. Sem ni makin rapat hubungan antara group sebab orang selalu baru nak rapat bila akhir-akhir je haha or sebab saya je yang masuk group yang ramai kawan :p Sebelum ni pakai daftar je mana-mana group pun asalkan takde kawan dalam group tu sebab nak buat kawan baru. Kalau ada kawan, mana nak buat kawan dengan orang lain kan :p tapi sem 1 tak buat kawan baru pun, selalu sesorang je sebab yang lain semua dah ada kawan :( Sem 2 pulak, adalah buat kawan dengan sorang tu, tapi sedih je sebab dia macam pura-pura tak kenal kekadang :( disebabkan sem ni JPAM ada kem, so saya masuklah group yang ramai kawan. Nanti kem bosan pulak takde kawan kan haha

Disebabkan JPAM lah saya suka kawad. So memang saya dengan roommate saya selalu look forward to Wednesday sebab JPAM best. Dah berapa kali dah saya cakap best, so memang bestlah JPAM Jengka ni. Time kawad memang saya semangat, once masuk kelas untuk belajar theory, kalau boleh saya nak duduk belakang sekali sebab boleh tidur, lecturer tak nampak hahahaha *Jangan tiru aksi saya ini please* Maaflah kepada semua pks yang panas tengok saya tidur dalam kelas dari sem 1 hehe bukan apa, selalu hari rabu saya mesti pack gila. Cuba bayangkan sem ni kelas hari rabu dari pukul 8 pagi sampai 1 petang! Rehat pukul 1-2 petang. Tu pun sempat makan dengan solat je. Memang tak balik bilik pun. Pukul 2 sampai 4 sambung kelas. Lepas tu jalan balik bilik dah 15 minit, nak tukar baju kor dengan solat lagi. Kor pukul 5-7. Terkejar-kejar iteww tauu hahaha memang saya pilih untuk tidurlah cerita dia huhu

Sem ni jugak, JPAM banyak praktikal. Bestttt belajar buat ascending, descending apa semua. Kem JPAM Jengka campur dengan JPAM Raub sebab kampus Jengka dengan Raub dibawah UiTM Pahang. Kem bila dah nak habis sem ni memang menakutkanlah sebab lepas kem lah minggu yang paling busy bagi course saya time tu huhu tapi disebabkan JPAM, demimu JPAM, saya ikhlaskan hati sebab bestkan JPAM hahahaha bila kem, lagi dapat ramai kawan. Selalu kem kan kena bekerjasama apa semua. Time kem jugaklah first time kena denda dengan pks sebab pks Raub suka buli hahaha kalau takde pks Raub lah time tu, rasanya lebih bahagia hahaha jk first time lah kena baring kat atas jalan tar, kena tampal pipi kat tar, tapi itulah pengalaman yang paling saya boleh lupakan -.- kena plankinglah lah dan segala macam, saya tak tahu nama segala penganiayaan tu apa hehe pukul berapa pagi tah dikejut semata-mata nak kena denda je huhu tapi alhamdulillah jugak, kem ni kita orang banyak tidur haha lepas solat subuh je dipaksa tidur. Sape tak tidur pks marah. Tidur pun awal tapi bangun pun awal. Tapi kalau kira jam, cukup je tidur sepanjang kem haha banyak kali pks paksa tidur, terima kasih pks!

Kita orang takleh pakai jam, handphone pun takleh bawak. Memang sepanjang kem, tak tahu pun tengah pukul berapa. Selalu tanya pks tengah pukul berapa. Pks cakap "pukul 7 nanti semua kena ada kat sini." Jam pun takde, nak pukul 7 apanya hahaha JPAM je baik sebab time kem boleh mandi tapi kalau kor lain kat sini, memang jangan haraplah. Tapi masa nak mandi pun sekejap je, so kita orang lebihkan mereka yang 'ehem' untuk mandi sebab kesianlah dorang. Yang boleh solat ni takyah mandi pun takpe, nak kejar masa punya pasal. Sebelum kem memang dah plan nak mandi kalau diberi masa tapi bila dah kem ni, haa hambik kau! Tak kuasa nak berkejar sana sini. Baik takyah mandi haha setakat ambik towel kecik basahkan pastu bawak balik bilik setakat lap badan je. Asalkan badan terasa sejuk sikit hehe

Bila kem ni saya berjaya buat descending!! Pencapaian yang saya tak boleh lupakan hehe awal2 memang takut, bergetaq tulang rusuk. Nak turun pun punyalah lama sebab borak dengan jurulatih sepanjang turun tu *sebenarnya takut* hahahaha lepas dah sampai bawah tu pehh! Rasa nak buat lagi!! Hahaha serious best! Lepas tu ada lah belajar pasal benda bomba. Ada orang buat benda-benda bomba tu, tak tahu apa benda sebab tak buat haha taknak buat sebab panas, I ni gedik sikit, kalau panas sangat memang takde mood terus huhu maaf!

Time kem jugaklah belajar erti kesabaran bab makanan. Untuk perempuan yang makan sikit tu, kalau pks letak makanan banyak, awal-awal sebelum makan tu, kasilah kawan sikit kalau tahu makan tak habis. Selalu time kem memang komander suruh makan apa yang dia letak sampai habis. Kalau dah gaul semua, bila tak larat baru nak kasi orang memang orang geli tak lalu. Sampai kawan saya yang tolong makan sesuap pun nak muntah teruk hahaha fikirlah perasaan orang yang makan banyak ni huhu ada satu pagi tu makanan pagi hanyalah seketul cekodok! Terkejut sisterr. Sister dahlah makan banyak, kebuluq pulak tu! Uish, menguji jugaklah pagi tu. Nasib baik dah pukul 11 camtu pks kasi roti huhu tu pun dah berapa banyak snacks (dibawa sendiri dari rumah) telan sepanjang menunggu dapat makanan lagi hahaha

Secara keseluruhannya memang saya enjoy JPAM sem ni, kalau boleh nak JPAM sampai habis sem 5. Taknak kelas theory tu, nak belajar kawad je haha sebab best kawad :* Nanti saya update lagi pasal subject lain hehe :D