Thursday 28 February 2019

Semester 5 Office Management (Entry 1)

Assalamualaikum everyone, yes, finally, I'm updating my review on semester 5 after one year of graduating haha nampak tak degree busy dia macam mana :p Honestly, I love semester 5. Sangat best walaupun agak hectic but still can manage :) Lagi best sebab tahu tu last sem dengan kawan-kawan, so lebih appreciate segala moment yang ada dengan dorang hahaha so marilah kita mulakannya

Information and Research Skills; OBM301
So untuk subject ni, awak akan belajar cara untuk buat research. Contohnya, awak akan belajar cara nak buat citation untuk segala sources yang awak telah gunakan, cara nak credit the author, dari mana awak boleh dapatkan information, jenis-jenis research dan sebagainya. But awak tak perlu risau, tak payah buat research pun. Just belajar cara untuk buat research je hehehe benda yang akan belajar ada theory dan praktikal. Kalau praktikal tu, kalau awak faham dan ingat concept, insyaAllah boleh buat. Contoh praktikal dia, awak kena buat citation untuk pelbagai jenis sources seperti surat khabar, magazines, websites, dan sebagainya. Awak akan belajar cara susunan buku di library ikut jenis buku tu. Contohnya buku tu bawah classification history so dari history tu, dia di bawah Asia punya history so awak akan tahu code untuk cari jenis buku tu bahagian mana.

Keseluruhan bagi saya, subjek ni okay je kalau awak faham macam mana nak buat dan theories dia of of course kena faham dan ingat ;)

Organizing Events; OBM 310
Subject event ni, yes, awak sekelas kena buat event. Awak akan belajar theory dan dalam masa yang sama awak akan bincang dengan lecturer awak event yang kelas awak akan buat. Untuk theory, awak akan belajar macam mana nak plan untuk biro-biro yang ada, budget, macam mana nak buat kalau event berhadapan dengan emergency dan sebagainya. Subjek ni best bila buat event tu. Awak kena deal dengan ramai orang. Kalau awak ambik bahagian biro makanan, awak kenalah deal dengan caterer, kalau awak bahagian pendaftaran, awak kena hantar kad jemputan ke tetamu khas, kalau awak bahagian logistics, awaklah yang kena book dewan dan sebagainya.

Subjek ni agak hectic sebenarnya. Banyak benda yang kena buat untuk make sure event korang berjalan lancar. Sebab tu jugak kelas saya paling banyak gaduh sem tu haha but alhamdulillah ikatan persahabatan masih erat sampai sekarang. Kalau ada isu, takyahlah gaduh sangat ya. Try to bincang. Semua benda boleh settle okay :)

Untuk kelas saya haritu, kita orang buat event besar. Dah alang-alang kena buat event tu, we either go big or go home. Kebetulan ada pelajar-pelajar sekolah menengah jepun yang akan datang kampus around tarikh yang kita patut buat event tu. So we took the responsibility untuk handle japanese students tu. Event yang kelas saya buat ialah event untuk mengenalkan budaya Malaysia kepada pelajar-pelajar Jepun tu. So basically, dewan kita hias kampung style, serve makanan melayu dengan pelbagai kuih tradisional, main permainan tradisional dalaman macam batu seremban, ceper dan juga mainan luaran contoh sepak raga, galah panjang, baling selipar. Serious BEST!

Nak rehearsal untuk event ni paling best. Disebabkan event ni mainly untuk kenalkan permainan tradisional, so banyaklah kitaorang kena praktis main games tu so that bila hari event takdelah kekok tak reti main haha so banyaklah kelas kitaorang main baling seliparlah, galah panjang semua tu. Walaupun meeting hampir setiap malam, tapi subjek ni lah yang paling kita orang ingat sampai sekarang :D

Office Simulation; OBM320

Untuk subjek ni pun, serious best hahaha subjek ni dah macam kita kerja dekat office sebab nama pun simulation maknanya kita diletakkan dalam situasi kerja. So dari awal sem kita akan diberi satu file. File tu macam file kerja kita. Dalam tu dah ada semua kerja yang kita akan buat sepanjang sem 5 tu. So adalah beberapa module. Tak ingat but rasanya setiap minggu kita akan buka modul yang baru. Setiap modul akan menyumbang markah. Dalam satu modul akan ada beberapa soalan. Contohnya soalan pertama kena buat memo, soalan kedua kena buat surat, soalan ketiga kena buat itinerary dan sebagainya. Semua soalan modul tu akan menggunakan nama company yang sama, nama bos yang sama sampailah akhir sem.

So, dalam sehari, kita kena siapkan tugasan-tugasan dalam modul tu. Untuk modul 1, lecturer akan guide. Masuk modul kedua, kita dah kena cuba buat sendiri. Jangan risau, kita boleh refer format dalam buku. Kalau tak faham, boleh tanya lecturer terus untuk mengelakkan kena tolak markah okay :) sebabnya subjek ni macam pura-pura kita dah kerja, so kenalah reti buat sendiri. Kalau tak reti tanya supervisor aka lecturer kekeke

Ikut juga lecturer korang macam mana, alhamdulillah lecturer I baik. Dia okay je kalau kita orang tanya kawan tapi jangan sampai takde rupa kelas dahlah. Cuma dah masuk modul 3, 4 dan ke atas tu makin strict lah. So saya selalu tanya lecturer je terus untuk menjaga markah dari kena tolak haha modul yang terakhir tu macam final exam kita lah. Modul terakhir tu tak boleh tanya sesiapa langsung, tanya lecturer pun tak boleh. Kena buat sendiri dari soalan satu sampai akhir hehe

No comments:

Post a Comment