Thursday 28 February 2019

Perlu Ke Saya Ambil Diploma Office Management?

Assalamualaikum semua, so topik kali ni ialah, perlu ke saya ambil Office Management dan jawapannya ialah... Perlu dan tak perlu. Hah? Apa maksudnya? So jom kita bincangkan.

Kalau nak tahu, OM ni bagi saya sangat best. Saya tak tipu. Bila saya belajar diploma dulu, saya serious minat apa yang saya belajar. Kalau nak tahu kenapa saya minat, bolehlah baca posts saya yang sebelum-sebelum ni. Walaupun ramai pandang rendah course ni sebab dikira kasta paling rendah, saya tetap enjoy course ni. Usually orang yang pandang rendah tulah orang yang tak minat course dia sendiri. So abaikan jelah ya. Jap, bilanya nak terang patut ke tak ambil course ni? Huhu

First sekali, mari kita mula dari sudut positif. Kalau awak yakin diploma dan degree awak nak ambil course ni, silakan ambil. 100% setuju awak perlu ambil. Kalau awak dah ambil course ni untuk diploma dan bila awak masuk degree awak ambil course OM jugak atau dipanggil OS bila degree nanti iaitu Office System Management, awak boleh lompat terus ke sem 2. Kalau awak minat course ni, silakan ambil. Jangan teragak-agak dah.

Seterusnya kalau awak rasa awak nak ambil course ni untuk diploma je tapi degree nanti nak tukar course lain. Ambil lah, dialu-alukan. So bilanya yang awak tak patut ambil OM? Ya, ni saya nak cerita.

Berbalik kepada statement tadi. Kalau awak rasa awak nak ambil course ni untuk diploma je tapi degree nanti nak tukar course lain, sila fikir semula decision yang awak nak buat. Saya akan cuba cerita dengan sebaiknya.

OM ni dia bawah fakulti bisnes. Antara course diploma lain bawah fakulti bisnes ialah business studies, investment, insurance, transport dan banking. Kalau degree nanti awak sambung course yang di bawah fakulti yang sama masa diploma dulu, awak boleh lompat semester sebab awak dah tak payah ambil subjek yang awak dah pernah belajar diploma dulu. So maknanya, kalau diploma course finance, degree awak nak ambik banking, awak boleh lompat masuk sem 2. Kalau diploma awak course OM, degree awak nak tukar course marketing, awak kena masuk sem 1. Eh? kenapa awak masuk sem 1 tapi bawah fakulti yang sama. Ya, itu persoalannya di sini.

Semua course diploma bawah fakulti bisnes yang saya sebut tadi selain OM, bila tukar je course lain yang bawah fakulti sama iaitu fakulti bisnes, mereka dapat masuk sem 2. Tapi kalau awak OM, dan tukar course yang bawah fakulti bisnes jugak, awak akan masuk sem 1. Sebabnya ialah, subjek2 diploma OM, tak banyak yang sama dengan subjek-subjek bisnes lain. So maknanya, subjek yang awak dah belajar diploma dan boleh buang masa degree nanti sikit compared to courses business yang lain. Sebab tulah awak akan masuk sem 1.

Dan sebab tu saya cakap kalau awak yakin diploma dan degree nak ambil course OM, teruskan sebab bila degree nanti awak boleh terus masuk sem 2. Tapi, kalau diploma awak nak ambil OM and degree nanti awak yakin nak tukar course lain, saya tak berapa syorkan awak ambil OM unless kalau awak memang betul-betul minat dan niat macam tu sebabnya nanti bila awak tukar course bawah fakulti sama masa degree nanti, awak akan masuk sem 1 balik. Walhal kalau awak ambik course business selain OM, awak boleh terus masuk sem 2.

Kebanyakan benda yang awak akan belajar bila masuk sem 1 degree nanti adalah benda yang awak dah pernah belajar diploma OM dulu. Bila awak masuk sem 2 baru banyak benda lain. Awak kena belajar lagi benda tu sebab diploma dulu subjek yang awak ambil tu lain and benda yang awak dah belajar tu secebis je compared to apa yang budak course business lain dah belajar time diploma dulu.

Niat saya bukan untuk burukkan course yang saya pernah ambil, tapi saya taknak awak mempersoalkan semula decisions yang awak pernah buat nanti. Sebabnya, ada course degree yang uitm tak offer untuk diploma, sebab tu ada yang main ambil je course untuk diploma dengan niat degree nanti nak apply course tu. Contoh course fakulti bisnes yang takde untuk diploma tapi ada untuk degree ialah marketing, economics, human resource dan sebagainya. Jadi, bagi mengelakkan penyesalan, make sure you know your plans. Tu je :)

So course apa yang awak perlu ambil kalau degree awak nak ambil course bisnes yang lain? Saya sarankan ambil lah course business selain OM. Contohnya yang saya dah list tadi iaitu business studies, investment, insurance, transport dan banking. Tapi tak rugi pun ambil diploma OM tapi degree course lain cuma kena masuk sem 1 balik. Sebabnya, I had the best time during my diploma. I don't regret a thing that I did during my diploma. Cuma kalau awak rasa awak akan menyesal, baiklah ambil course bisnes lain ya hehe ini tak bermakna course business lain tak best. Course diploma business lain pun best cuma yang saya pernah ambil setakat ni ialah OM. So taklehlah nak cakap pasal course lain kan hehehe kalau awak dah apply course business lain tapi dapat OM jugak, jangan sedih. OM kan best haha

Saya harap takdelah yang kecam saya cakap benda ni sebab benda ni realiti. Tapi saya tak sure kalau dari diploma OM masuk event management and customer service dapat masuk sem berapa. Saya rasa kalau tukar ke dua course tu boleh masuk sem 2. Tapi tak surelah, awak boleh try tanya dengan sesiapa yang berkaitan hehe kalau awak dah terambil course OM, degree nanti nak tukar course, tukar jelah ikut niat awak tu. Jangan tak tukar just sebab taknak start sem 1 balik hehe Tak rugi pun belajar lebih :)

So yeah, that is all for today, thank you for reading my blog :D

28 comments:

  1. Saya student kelas science masa form5, boleh ke saya go dgn course :/ sebab macam takde kaitan dgn subjek form5 dulu. Tapi saya minat sangat" dgn course relate dgn office. Saya risau kalau tak boleh ikut, sebab takda ilmu komputer komputer ni semua, basic pun takda..saya tak ambik subjek sains komputer masa sekolah menengah :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun student science dulu. Takde masalah. Lecturer ada untuk ajar awak. Kalau kena ada basic baru boleh ambil course ni, 10 orang jelah kot yang boleh apply macam tu.

      Delete
  2. Hi awak,boleh tak saya tahu kalau dari OM ke degree HR tu subjek apa yang dapat pengecualian kredit sebab saya nak tahu sangat. Harap dapat balas soalan saya, terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada 9 subjek. Kokurikulum untuk 3 sem, third language level 1 & level 2, ctu, intro to accounting, end user application, and economics.

      Delete
  3. akak subjek apa yang perlu ambil ketika di tingkatan 4 kalau nk masuk course OM ni?

    ReplyDelete
  4. Akak nak tanya, betul ke yg ambik course OM ni wajib make up and dress up?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak betul. Hanya untuk satu subjek pada semester
      satu sahaja. Perlu make up dan dress up satu hari sahaja pada hari evaluation bagi assessment tu.

      Delete
  5. lelaki okay ke amik course ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okay je, tapi saya lagi encourage semua orang untuk ambil subjek bisnes yang lain :)

      Delete
    2. Kenapa eh akak encourage utk amik subjek bisnes lain?

      Delete
  6. Akak kalau dapat tawaran diploma business management dia akan ada kaitan ke dgn OM ni?

    ReplyDelete
  7. Akak, nak tanya. Saya baru je graduate form 6 last year. Kalau nak sambung OM degree, ada tak?

    ReplyDelete
  8. Kalau sambung office system in degree still boleh masuk human resource department x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tapi tak confirm 100% sebab ikut requirement company tu sendiri dan luck. Usually company kecil okay untuk terima any background. Kalau awak belum ambil degree lagi and minat kerja HR, better ambil degree in HR terus.

      Delete
  9. Uitm mana yg ad course ni ye

    ReplyDelete
  10. Sy nak tnya,kalau ambil course OM ni..degree nanti boleh sambung law tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak boleh. Law kena ambil dari foundation law dulu.

      Delete
  11. Akak....saya nk tanya klu nk amik om biasanya math tu kene kuat tak...saya ni biasa ii je :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi, saya student om juga. In my opinion, math dia just math biasa which quite easy and none of it syllabus addmath if not mistaken :)

      Delete
    2. Hi,betul Tu.Kalau tak silap saya MAT111 masa semester 1 dlu study math...syllabus dia tak complicated mcm addmath...If study betul2,boleh score tu.Sekarang saya semester akhir OM.

      Delete
  12. selepas diploma OM, course apa yg boleh kita ambil utk degree utk terus masuk ke sem 2 nanti?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dari OM nak lompat sem 2 degree hanya course Office System (OS) sahaja. Kalau ambil course selain OS, semua akan masuk sem 1. Kalau awak nak lompat sem 2 degree, better ambil course business yang selain dari OM untuk diploma. Nanti bila degree boleh lompat sem 2 terus untuk any course berkaitan business :)

      Delete
  13. Saya sekarang ni student diploma in office management nnti kalau saya nk smbung (os) kerjaya apa yg dpt saya ceburi dlm bidang saya ya

    ReplyDelete
  14. Hello sya diploma banking tpi nak sambung degree OM , boleh tak and ada credit transfer tak

    ReplyDelete
  15. Hi, saya nak mintak pendapat, sekarang saya amik diploma in public administartion (part time) and saya plan nak tukar course om, tapi saya plan jugak degree nak amik account, Boleh ke? Saya rasa dilema lah. Boleh bagi pendapat course yg saya nak pilih dekat atas mana satu yang sesuai untuk saya sambung degree account. thankyou

    ReplyDelete