Saturday 31 March 2018

OM Pros and Cons

Hi, so alhamdulillah saya dah berjaya melangkah ke alam degree. I'm sorry, I don't have much time to update my thoughts on Semester 5. I will try to find the time to update on that yea. Setelah beberapa minggu masuk dunia degree ni saya tersedar beberapa perkara tentang OM yang mungkin awak teringin nak tahu. Jadi, saya akan mulakan dengan Pros ambil course OM.

PROS:

(disclaimer: bukan bermaksud orang course lain takde advantages ni but I'm just saying this based on our field of study)

1.  Percayalah, you're a computer-literate once you dah habis diploma.
You dah 5 sem belajar typing dan segala macam perkara pasal komputer, siap ambil subject programming dan CSC! Saya rasa sekarang ni serious dah takyah nak fikir bila nak type nak pakai jari apa. Bila buat assignment pun kerja cantik je sebab dah tahu basic margin, the correct use of punctuation and etc. You will realise that you can get a work done faster than those who don't take this course. So clearly, it's an advantage.

2. You will become more confident. 
Course kita memang banyak presentations. Boleh dikatakan hampir semua subjects ada presentation dan bukan setakat hantar wakil untuk present macam certain courses yang tak kisah siapa present asal ada wakil. You will know the do's and don'ts when presenting. So bila degree or apa2, tak berapa nak kalut sebab dah biasa kena present. But nervous tu of course, semua orang masih ada perasaan tu.

3. You gain a lot of useful skills. 
Disebabkan the previous two points, awak dah jadi seseorang yang berguna bila datang bab skills. Disebabkan I kerja as an admin during sem breaks, I sedar yang skills I belajar time OM lah yang helped me to buat kerja lebih laju dan efficient. Bukan nak bangga ke apa, but bila kerja, colleagues I pun terkejut kenapa I buat kerja cepat sangat siap check balik kerja I takut ada tertinggal ke apa hahah

4. Disebabkan you dah belajar Arab level 1 & 2 during diploma, bila degree awak hanya tinggal ambil arab level 3. Ini adalah advantage buat semua students yang ambil any business course during diploma.

5. Awak dapat diserap terus ke sem 2 untuk degree dalam field of study yang sama. Bermakna, awak dapat skip sem 1 degree. Jimat masa bukan? Ini hanya tertakluk jika awak ambil course berkaitan Office System time degree nanti.

CONS:

1. Masalah bila awak tukar course (under the same faculty).
Awak tak dapat skip sem lain jika awak TUKAR COURSE walaupun course tu under the same faculty. Bermakna, awak tetap kena masuk sem 1. Berlainan jika dibandingkan dengan mereka yang ambil course business selain OM time diploma, mereka dapat masuk terus ke sem 2 bila degree sebab kebanyakan subjek sem 1 & 2 degree yang perlu diambil adalah lebih kurang sama macam subjek yang mereka pernah belajar sepanjang diploma (tertakluk jika awak ambil course business selain OM termasuk banking, transport, marketing etc.) Sorry if this sounds confusing to you.

Tapi jangan risau, awak akan dapat pengecualian kredit sebanyak 9 subjek yang bersamaan dengan 18 credit hours. Ni termasuklah kokurikulum, CTU dan bermacam lagi. Bermakna, awak dah tak perlu ambil subjects yang awak dah dapat pengecualian kredit bila degree nanti. Disebabkan pengecualian kredit OM sikit, jadi kita terpaksalah masuk sem satu kalau kita tukar course business yang lain.

2. Awak perlu menghadap subjek yang lebih kurang sama.
Ya, OM ada ambil public speaking dan tambahan ELC sem 4. Dua subjects ni bagi saya, sangat sebiji macam ELC sem 1 & 2 degree. Yang sedihnya, kita memang tak dapat pengecualian kredit untuk dua subjects ni walaupun assessments dia lebih kurang. Later, you will know.

Also, bagi mereka yang tukar course under the same faculty, kita akan ambil principles of law time sem 1. Law ni macam lebih kurang law yang kita dah ambil time sem 5. Unfortunately, bab 1 je yang lebih kurang. Bab lain takde kena mengena dengan law yang kita dah pernah ambil time diploma. Beruntung buat students business yang lain, mereka dah ambil subject ni so takyah ambil dah :)
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ 

Buat masa ni, tu je points that I can think of. So yeah, ada untung rugi ambil course ni tapi saya tetap bersyukur pernah ambil course OM because of the useful skills that I got to learn and apply :)

3 comments:

  1. Boleh saya tahu awak sambung course apa untuk degree?

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Tlg bg review pasal part 5...sbb sem depan da masuk part 4...huhu...btw congrats sbb continue degree...saya suka baca review dr awak...hihi...

    ReplyDelete