Thursday 28 February 2019

Semester 5 Office Management (Entry 2)

Principles of Corporate Compliance; OBM340
Subjek ni lebih kurang macam law. Kita akan belajar jenis-jenis mahkamah yang ada kat Malaysia, jenis-jenis law yang ada, jenis kesalahan berat dan ringan bawah mahkamah apa, jenis-jenis company, dan 4 chapters yang akan terangkan law untuk conduct meeting kehkehkeh

Jangan rasa benda ni susah sebab awak boleh buat kalau awak belajar. Jangan sebab nama dia 'law' terus awak rasa tak boleh buat. Yang tak boleh buat kalau awak tak belajar betul-betul je hehe awak kena take time untuk cuba fahamkan. Make sure ada dictionary kat sebelah or dalam phone. Kalau tak faham certain words, sila cari kat dictionary dan jangan just assume maksud dia apa or jangan hafal tanpa tahu maksud perkataan tu. Bila awak faham apa yang awak hafal, senang nak ingat betul-betul.

Spoiler alert, nanti degree sem 1 pun awak akan belajar law. Dan law untuk degree lagi banyak dari diploma. Law dia berkait, so make sure awak belajar betul-betul so that degree nanti senang awak nak faham law yang lebih mendalam :)

Administrative Office Management; OBM345
Untuk subject ni, dia seperti subjek-subjek Office Admin yang sem sem sebelum ni. Semestinya pasal ofis. So memang theory jelah subjek ni. Subjek ni akan cerita tentang tugas-tugas admin, macam mana nak bahagi kerja, communication, cara solve problems, make decisions dan segala bendalah pasal tugas kat ofis hehe tapi yang bestnya subjek ni, ada dua chapters yang lebih kurang kerja human resources. Sebabnya, admin pun boleh kerja bahagian human resource jugak. Dia cerita cara nak pilih dan train pekerja, nak evaluate performance pekerja tu dan juga hal-hal berkait dengan kenaikan pangkat. So kat sini ada benda baru yang kita akan jumpa :D

Introduction to financial Accounting; ACC106
Dan akhirnya! Subjek akaun. Subjek ni, make sure awak buat banyak-banyak latihan. Sebab banyak prinsip-prinsip akaun yang awak kena ingat. Kalau awak confuse sesuatu benda, make sure awak tulis apa yang awak confuse tu so that awak tak confuse dah bila nak exam. Kalau awak dah pernah belajar akaun time SPM, awak akan rasa ni macam jawab SPM cuma dalam English. Tapi kalau awak tak pernah ambil akaun time SPM, jangan risau, awak tetap boleh buat. Just kena banyak praktis.

Akaun ni tak macam maths, kalau awak tak reti maths, tak semestinya awak tak boleh buat akaun. Sebab akaun ni lebih kepada rules dia. Kalau awak ambil awak fahamlah haha awak kena hafal rules dia, mana nak letak debit kredit, lepas tu semestinya kena balance kan hahah Good luck!
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ 

So akhir kata, takde benda yang awak tak boleh buat. It all starts with the mind. Kalau awak percaya awak boleh buat, semestinya awak boleh buat. Just keep believing in yourself. Akhir sem ni, jangan lupa untuk cherish every moment yang ada. Belum tentu degree nanti awak akan dapat pengalaman yang sama. Enjoy your last sem while still taking care of your grades. Degree semestinya lebih susah dari diploma. So sementara subjek-subjek masih tak susah sangat macam degree ni, aim lah for the best that you can. Degree susah, tapi semestinya still boleh handle. Kena kuat semangat haha

Lepas you dah habis diploma, buatlah keputusan yang sebaiknya whether you want to kerja terus or sambung belajar. Everyone lives a different life so just because you nak kerja terus lepas diploma tak bermakna you tak berjaya dan just because you sambung degree, don't think you're any better than your friends yang tak sambung. Everyone goes through different struggles, just do your best in everything that you do dan percaya pada rezeki Allah. All the best to you all, byebye ;D

1 comment: