Tuesday 19 April 2016

Persediaan Selangkah ke UiTM

Hello everyone! So I know how some of you are clueless of the things to bring to your college especially when it is your first time :) So let's get going with the list:-

1. CHARGER PHONE
2. Cawan, pinggan, mangkuk, sudu, garfu
3. Sabun mandi, shampoo
4. Payung (in case kalau panas terik or hujan)
5. Cadar katil
6. Bantal (katil anda tidak disediakan dengan bantal)
7. Kunci almari
8. Ubat Gigi
9. Iron
10. Stokin hitam/putih (Koko takleh pakai stokin warna lain)
11. Penyepit baju (kalau jemur baju, takdelah baju terbang sebab angin)
12. Towel mandi
13. Al-quran
14. Sewing kit (mana tau baju tetiba terkoyak pulak kang)
15. Sejadah
16. Files (nanti belajar banyak dapat kertas lah apa lah so boleh simpan dalam files)
17. Berus gigi
18. Lots and lots of hangers
19. Selimut (in case tetiba sejuk or rasa macam ada monsters yang akan datang kacau)
20. Nail clipper (Lagi2 koko penting pengepit kuku ni. Panjang kuku kena denda nanti)
21. Sunblock (since banyak jalan nak pergi kelas, kulit banyak terdedah kepada matahari. Untuk mengurangkan sunburn dan untuk prevent skin cancer, elok pakai sunblock)
22. Tissue (tissue dalam kotak untuk letak kat bilik dan tissue kecik untuk bawak pi kelas, selalu peluh pi kelas bak hang)
23. Beg untuk bawak pergi kelas (tak kisah lah beg tepi ke backpack)
24. Facial Wash
25. Calculator, pencil box and stationeries (stapler, cellophane tape)
26. Botol air
27. Bekas kedap udara (kalau makan biskut or cereals tak habis, boleh masuk bekas ni)
28. Earphones (penting especially untuk subjek English (ELC) untuk listening test)
29. Torchlight (in case blackout)
30. Plaster
31. Panadol (senang kalau demam)
32. Kasut sukan (koko kena pakai kasut sukan)
33. Penyapu/penyodok
34. Berus baju
35. Deodorant
36. Test pad & A4

Tambahan untuk perempuan:-
36. Telekung
37. Kain batik
38. Serkup tudung
39. Tudung hitam BAWAL
40. Pin tudung banyak2 (banyak pin hilang nanti)
41. getah rambut banyak2 jugak XD

Untuk hari terakhir MDS, kena pakai baju kurung putih dan kain hitam bagi siswi. Pakai je baju putih sekolah dulu. Kalau dah terbuang pinjam je kawan yang tak buang lagi dorang mesti ada lebih sebab baju ni nak pakai sehari je, so membazir kalau beli baru. Untuk lelaki pulak, kena pakai kemeja putih, tie dan seluar berwarna hitam. Rasanyalah, lelaki punya tak ingat sangat tapi dia ada tulis dalam borang banyak2 tu so rujuk borang tu :D

Side note: photostate segala i/c, sijil dan penyata gaji parents banyak2 dan terus sahkan je semua tu lepas tu letak dalam satu file. Gambar passport pun 8-12 keping tu dah dikira life saving sebab nanti banyak nak kena guna untuk isi borang dan sebagainya. Jangan lupa bawak pergi universiti :)

Semester 2 Office Management (Entry 2)

Kursus Utama

Interpersonal Communications for Office Professionals; OBM155
Okay, untuk subjek ni memang ramai orang takut sebab buku teks dia pakai dari United States so memang gempak lah ayat dia. Tapi kalau rajin bukak dictionary, rajin fahamkan, senang je nak faham :) To me, subjek ni best, saya memang suka sebab subjek ni belajar pasal communication (komunikasi). Kita dapat tahulah macam mana nak jadi listener yang baik, macam mana nak jadi orang yang mampu berkomunikasi dengan baik, dengan menjaga hati dan perasaan orang at the same time. Kalau belajar je tak praktikkan tak guna jugak hehehe subjek ni kena banyak imagine lah kalau nak senang faham. Bayangkan je proses bila kita berbual, bila kita mendengar dan bila kita cuba interpret atau fahamkan apa yang orang cakap dekat kita.

Group project untuk sem ni best sebab assignment kita orang based on a movie (kena movie English). Kita orang boleh pilih movie yang kita orang nak, tapi yang sesuai lah, kena mintak persetujuan daripada lecturer dulu, kalau dia approve then okaylah boleh gerak project. Untuk project ni, kita orang kena tengok movie yang dah pilih tu, fahamkan dan cuba relate kan dengan topic yang kita orang dah belajar. Jangan malas nak buat project ni sebab kalau kita memang kasi komitmen kat projek ni memang senang nak belajar untuk finals nanti sebab projek ni memang kena kaitkan dengan apa yang kita dah belajar so bila nak finals nanti senang nak belajar balik sebab dah faham :)

Document Processing ll; OBM172
Subjek ni pulak memang ramai nak balas dendam. Nak tahu sebab apa? Sebab sem 1 ramai dapat A- or tak capai target. So bila dah sem 2, semua belajar subjek ni betul2 sebab memang nak A solid atau A+. Lagi2 subjek ni 4 credit hours so pointer banyak jatuh sebab subjek ni jeee. Dapat A- bukan sebab susah, tapi sebab tak biasa dengan format documents tu, so senang confuse. Saya memang geram betul lah so sem ni memang belajar sungguh2 untuk subjek ni. Kawan saya pun ramai rajin buat assignments subjek ni. Semua lepas geram. Bila dah dapat carrymarks, semua menghela nafas lega sebab alhamdulillah dapat A dan A+ so pointer tak lagi jatuh sebab subjek ni. Tapi geram pulak pointer jatuh sebab subjek lain hahahah

Subjek ni, kunci kejayaan dia ialah kerajinan. Subjek ni memang kena rajin. Kena rajin hafal format. Dari sem 1 memang subjek ni banyak assignments. Balik je kelas ada assignments. Alah bisa tegal biasa, bila dah sem 2, jari makin laju je type. So, assignments yang rasa banyak jadi rasa senang sikit sebab dah boleh siap cepat sebab jari dah makin laju. Takde terkedek2 dah. Buat group projects subjek lain pun rasa senang sikit, cepat sikit nak siap sebab jari dah laju so tak rasa banyak and lama nak siapkan macam sem lepas :) Subjek ni kena banyak hafal format. Subjek ni kena type untuk Bahasa Melayu dengan English pulak. So kalau nak process documents contohnya letter, ada malay version dia pulak iaitu surat. Kalau Minutes of Meeting ada dokumen dalam BM pulak, Minit Mesyuarat. So setiap document yang kita belajar, kena buat untuk Bahasa Melayu dan English. Kalau sem lepas English je. Kelajuan menaip pun makin tinggi. Sem lepas dia nak 30 wpm (words per minute) je tapi sekarang dia nak 35 wpm untuk English. Since Bahasa Melayu tu baru untuk kita orang nak type, so Bahasa Melayu dia nak 30 wpm je. Overall, subjek ni memang best. Saya suka sangat. Lagi2 madam kita orang sem ni baik walaupun tegas :) rasa best bila buat assignments semua sebab boleh jet2 kerja office sebab kena siapkan documents semua XD

Office Administration ll; OBM 182
Subjek ni pun saya suka jugak sebab saya banyak dapat ilmu melalui subjek ni. Subjek ni still belajar pasal office semua tu tapi sem ni makin best kot sebab belajar pasal banking, pasal macam mana nak cari kerja, pasal meeting, pasal travel tapi bukan travel saje2, travel untuk bisnes lah kalau ada meeting outstation ke apa hehe tapi bagi saya, saya paling malas bab 4 lah kot, malas lah bukan tak suka sebab dia pasal perdagangan. So kalau dulu ambik perdagangan kat sekolah senang lah kot nak ingat dan faham. Saya bukan perdagangan dulu so kena usaha lebih lah untuk bab ni. Tapi bila dah faham senang je :)

Group project untuk course ni pulak bestttttt sangattttt sebab kita orang kena buat mock meeting or mesyuarat main2 hahahah kita orang kena reka bisnes sendiri so kena fikir lah kita orang nak jual apa. Lepas tu kena berlakon macam tengah dalam mesyuarat betul. So kita kena reka sales kita berapa lepastu kena buat report untuk semua department yang kita orang tubuhkan untuk meeting tu, so kena present lah report tu, macam orang present report dia kat meeting. Memang best lah buat projek ni, lagi2 saya kena group dengan senior. Side note; bila dah masuk universiti kalau fail memang kena repeat subjek tu. Or untuk subjek berantai macam document processing dengan Office Admin ni, kalau fail sem 1 punya, takleh ambik sem 2 punya sebab dia berkait, kecuali kalau dah lulus sem 1 punya lepas dah repeat. So kadang2 akan ada lah senior dalam kelas korang. So sem ni kelas saya ramai senior. Lecturer kita orang memang suruh setiap group ada sorang senior at least. Group I lucky sangat dapat sorang akak senior ni. Dia memang rajin buat group project so memang senang bila ada dia. Dia jugak banyak ajar kita orang pasal komputer. Disebabkan dia, saya dapat meningkatkan kemahiran berkomputer ni lah. Kalau dulu selalu pakai Microsoft Word/Presentation je, sekarang dah boleh pakai Microsoft Publisher. Memang dengan akak senior ni jari saya makin rajin dan banyak explore komputer. Kita orang siap buat sendiri je labeling untuk semua product kita orang.

Kita orang pilih untuk jual jam untuk bisnes kita orang. Ada group lain yang jual tudung, kek, scrub dan sebagainya. Memang best lah sebab rasa macam dah keluarkan product sendiri. Disebabkan akak ni, kita orang ter-inspired untuk buat nutrition facts sendiri dan sebagainya.

Ni contoh Nutrition Information yang kita orang buat sendiri untuk product kita orang.

Ni 360 view of our jams. Ada perisa blueberry, pineapple dan strawberry.

Tadaa! I really like this picture of our products hehehe logo ni memang kita orang buat sendiri pakai picsart je so memang bestlah dapat feel logo sendiri kena featured :)

Kursus Bukan Utama

Malay Language for Office Management; BBM110
Haa korang mesti ingat dah freedom takyah belajar Bahasa Melayu dah kan hahahahah sama lah jugak XD tetiba kena belajar lagi aduii. Tapi best jugaklah belajar BM ni. Takdelah belajar macam BM kat sekolah tu. Sekarang BM ni dah dikaitkan dengan course OM ni so memang belajar BM yang berkaitan dengan ofis macam warta kerajaan, broshur, risalah, minit mesyuarat, memo, surat rasmi dan taklimat.

Assignment BM ni takdelah susah sangat. Ada kena buat poster, lepas tu dapat carrymarks 10 markah. Kena buat broshur, pengucapan awam. Tapi rasanya carrymarks saya banyak hilang sebab buat poster dengan broshur tulah. I'm not that artistic :(

Untuk final exam, subject ni stress sikit lah sebab kena buat dua karangan pendek untuk bahagian A dan satu karangan sekurang2nya 450 patah perkataan untuk bahagian B, bahagian ni ada ceramah, taklimat, ucapan dan skrip pengacaraan. Dahlah dua jam je. Bagi saya masa tu tak berapa nak cukup sebab tak sempat pun nak check balik. So kenalah pandai jaga masa buat exam BM ni. Tetiba pulak format exam sem ni tukar, daripada boleh pilih satu soalan daripada empat soalan untuk bahagian B (ceramah/ucapan/taklimat/skrip pengacaraan), tetiba ada satu soalan je so wajib jawab soalan tu jugak. Dahlah skrip pengacaraan pulak tu. Memang lawak lah sebab tak hafal format T.T Memang dah prepare nak jawab ceramah, tetiba takleh pilih pulak, hentam sajalah. So, moral of the story, you have to be well prepared untuk semua subjects. Kadang2 format berubah. Lepas tu kalau past sem papers banyak soalan tu ulang2, tetiba sem kita pulakkk dia nak buat soalan barulah, kbat lah, apa lah, so just be well prepared :)
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ 

So I guess that is all for my second semester. Overall, I really enjoyed this semester, I love my roommate and Taekwondo mates hehehehe makin rapat dengan sekalian manusia di kampus :)

Semester 2 Office Management (Entry 1)

Assalamualaikum everyone :)

I've just completed my second semester and I must say that it went great! Sem ni makin banyak main, mungkin jugak sebab dah lupa tujuan utama datang universiti ni uhuk masuk universiti janganlah jadi sloth asyik duduk bilik je. Join lah kelab yang you all minat. Saya masuk Taekwondo sebab saya memang minat. Sem ni memang banyak menghabiskan masa dengan orang Taekwondo. Masuk kelab ni best sebab kalau gaduh ngan budak kelas at least ada kawan kelab nak keluar bersama. Lepas tu dapat jugak kenal orang course lain, kenal senior, kenal junior so lagi ramai kenalan makin bahagia hidup ini XD Kalau malas masuk kelab, rajin2kan lah diri jogging waktu petang. Pergi semua events yang ada. Kehidupan dekat universiti jadi lebih best kalau kita banyak aktiviti nak buat. Buat kenalan dengan budak kelas lain jugak or course lain. Awal2 saya tak reti sangat nak bergaul dengan orang. Lama2 sampai orang pun tak sangka saya segila ni XD

Okay so marilah mulakan dengan subjek semester 2. Semester ni takdelah susah sangat dan takdelah senang sangat cuma tak banyak masa macam semester 1 sebab assignments makin gempak or saya je yang banyak buang masa :') Saya suka most of the subjects yang belajar semester ni tapi taktaulah kalau memang saya nerd or subjek tu memang best :3

Kursus Universiti

Integrated Language Skills - Reading; ELC150 (English)
So, as you all know, we still have English for our second semester. I quite have a love-hate relationship with English because English sometimes annoys me too lmao for this sem, it involves a lot of reading. Just like the first semester, you will be assigned on a short story for you to work on. However for this semester, you will have to read the short story and not listen to the audio. You will be given a lot of short stories to choose from but you will have to choose only three. Choose the ones that you can understand well. There will be three PRLs throughout the whole semester. PRL is the actual reading test which you will have to answer a question, just a question in an essay form based on the short story that you have studied. Two weeks before the real PRL, your lecturer will have to inform you about it. Since there will be three PRLs, so you will have to focus on only one short story for every PRL. Mainly asked questions are "If you could change the ending of the short story, how would you end it" "Who is the one character that you like most from the short story and give the reasons why".

There will also be a listening test but it's only a computer-based test so you will have to listen to the audio and answer the multiple questions on the assigned computer. You will also have a speaking test for this semester. There will be an individual speaking test and group speaking test. For the individual speaking test, you will have to answer a question that is given to you orally. For the group speaking test, it's just like role-play but you will have three or four people in your group. You guys will have to pretend like you guys are having a discussion on a topic (based on the question given) and you guys will have to come up with a solution or agreement like that.

Islamic Thought and Civilization; CTU151 (Agama)
Subjek ni ialah subjek kebahagian bila dia dah habis sebab tak ramai suka hahaha bukan tak suka tapi tak mampu menanggung peritnya sebab banyak sangat. Subjek ni macam sejarah sekolah, ada pasal Bani Umayyah, Kerajaan Abbasiyah, Khulafa' Ar-rasyidin semua tu, so memang macam sejarah betul lah. Selalu tertanya2 jugak diri ni mampu ke nak hafal semua, dahlah buku teks dia tebai bak hg. Belajaq untuk exam haritu pun agak last minute tapi alhamdulillah habis jugak baca satu buku. Ramai je buat kerja malas, baca notes kat internet je tapi I ni jenis gelabah. Takut notes dalam internet tak lengkap, so sanggup lagi baca buku CTU yang tebai terux tu. Semoga anda bergembira dengan subjek ini dan semoga anda tak kena mental breakdown huhuhu I might be exaggerating though. Remember that I'm only saying it based on my point of view. Kalau orang yang suka sejarah tu boleh lah suka kot hehe

National Kesatria ll, HBU121 (Koko/Kor)
Alhamdulillah, habis jugak kor semester 2 ni :') sis bangga, teruja dan terharu. Kor ni best kalau dapat komander best yang baik yang layan korang macam manusia :') hakhak anda seharusnya tidak perlu stress untuk pergi kor kecuali kalau komander korang jet2 garang dan pembuli. Untuk kampus saya, JPAM, okaylah untuk semester 2 ni. Suka lagi saya kor JPAM semester 1 sebab pks(komander JPAM) sem 1 ramai baik and dorang memang memahami. Start pun pukul 5:15 petang bukan 5:00 petang tepat. Memang takyah rushing nak solat siap semua :') tapi komander sem 2 ni, mungkin mereka eksaited hehe sebab bila dah sem 2, komander kita orang bukan lagi senior tapi sep2 part 2 jugak. Memang dak2 batch kita orang lah. Start pun 5:00 petang tepat aduhai memang selalu berlari lah hari Rabu :') Setiap kampus, lain kor dia. Ada yang kor hari lain. Komander pun lain2. Tapi untuk kampus ni, best bila final kor lah. Komander dan lecturer masing2 membantu anak2 jagaannya untuk menjawab exam :') Terima kasih sangatttt :*