Sunday 28 May 2017

Semester 4 Office Management (Entry 2)

Assalamualaikum, so after a week, I'm finally back here to update another entry for semester 4. Never knew my 5 months' sem break would be this busy lmao anyway, let's get started! :)

Kursus Utama

Office Software Applications; OBM255
Ni subject yang paling paling paaaaaling saya suka!!! Subject ni tak banyak theory, mostly hands-on which I really love! *3x heart eyes emoji*

Okay so assessments semua pun hands on. Assignment pertama yang dapat ialah Desktop Publishing (DTP) Assignment. Untuk assignment ni, korang akan diajar untuk guna Microsoft Publisher. Tak ramai tahu pun Publisher wujud. Untuk nak terer guna software ni, korang boleh search Youtube. Serious tak rugi belajar guna software ni. Dengan software ni jugak akan memudahkan korang untuk buat subject ENT300 nanti kalau tak reti guna photoshop. Dengan menggunakan Microsoft Publisher, anda dapat hasilkan brochure, flyers, business cards, dan macam-macam lagi! DTP assignment will need you to create a newsletter, brochure and flyer. Ikutlah kreativiti masing-masing nak hias macam mana asalkan ikut rubrics yang lecturer dah kasi okay ;) so, saya kasilah contoh hasil tangan saya kalau korang tak faham saya tengah cakap apa ahaksss


Saya rasa saya buat cantik. Kalau chuolls rasa buruk maaflah ya. Ni je mampu. Saya bukan budak seni kah! Tak tidur malam lah jugak buat benda ni.

Assignment seterusnya ialah HTML assignment. Ni pun sama, ramai yang bersengkang mata demi menyiapkan assignment ni. HTML assignment ni bestttt jugak sebab kita akan belajar coding guna html untuk buat website. Kalau yang berpengalaman ada blog tu, anda beruntung sebab dah ada basic sikit-sikit. Sikit jelah tak banyak pun ahaks

Daripada HTML yang panjang-panjang guna notes dan save as .html sahaja,
anda akan dapat hasilkan website seperti di bawah!
Menarik bukan? ;) *Click gambar untuk preview*

Assignment yang lain, kita akan belajar macam mana nak guna Microsoft Project which is useful untuk manage sesuatu event seperti event kahwin. Selain itu, kita akan belajar untuk buat database menggunakan Microsoft Access. Susah saya nak terangkan semua dekat sini, takut nanti korang takyah masuk uni, dah boleh graduate terus pulak kan :p

Subject ni takde exam, quiz dan segala macam. Assignments yang saya cakap kat atas tu jelah yang akan menentukan carry marks korang nanti. Cumanya, korang akan ada common test pada kelas terakhir nanti.

Saya suka subject ni bukan je sebab dia banyak hands-on tapi sebab saya rasa time subject ni je, satu kelas akan berinteraksi antara satu sama lain. Rasa macam bonding antara classmates makin kukuh. Subject ni buat kita orang untuk tanya antara satu sama lain, pusing satu kelas tengok orang lain punya kerja sebab nak compare just to check whether kerja kita betul ke tak. So tu je kot untuk subject ni :D

Behavior in Organizations; OBM260
Untuk subject ni pulak, dia mainly theories. Kita akan belajar pasal organizational behaviour (of course), emotions, attitude, stress and motivation in the workplace, team dynamics dan power. I can't say much about this subject sebab taktau nak cakap apa haha Generally, subject ni pasal tingkah laku pekerja dekat tempat kerja. Macam pasal pekerja yang stress, macam mana performance pekerja boleh dikaitkan dengan rewards, pasal motivation theories, ada learned need theories dan banyak lagilah! Subject ni akan ada tiga tests, 1 group project + presentation dan exam. Kalau test tu senanglah jugak kot sebab soalan semua memang sebiji je macam apa yang ada dalam slides tapi still kena belajar betul-betul. Takyah beli buku teks pun takpe tapi kalau lecturer saya, dia suruh semua group sekurang-kurangnya ada sorang yang ada buku teks. Tapi seperti biasa, exam memang akan ada soalan yang kita pun taktahu nak jawab macam mana, so jawab jelah ikut kefahaman kita, atau dengan kata lain, hentam. Sekian.

Kursus Bukan Utama

Computer and Information Processing; CSC134
Untuk subject ni, kita akan ada kelas theory dan lab. Untuk kelas saya, lecturer theory dengan lab, berbeza. Maknanya ada dua lecturers untuk subject ni. Kalau kelas theory, semestinyalah kan, belajar theory je. Belajarlah lebih mendalam pasal komputer. Pasal apa itu USB, apa benda dalam USB or pasal input and output devices. Korang akan belajar macam-macam pasal komputer. Jenis-jenis printer, jenis-jenis storage, kamera, jenis discs, softwares and all that. Belajar pasal internet, virus, RAM dan bermacam-macam lagi. Saya rasa subject ni lebih kurang Biology! Bezanya Bio pasal manusia dan subject ni pasal komputer. Secara keseluruhannya, urmm bestlah jugak (kot) sebab dapat tahu pasal semua benda yang saya tak pernah nak ambik tahu sebab saya tak minat haha lelaki minatlah kot dah semua benda pasal komputer :p tapi kalau belajar rajin-rajin, bolehlah score tests. Kalau tak rajin, rajinkanlah diri ya ;)

Untuk kelas lab, of course saya suka sebab benda ni pun hands-on jugak! Kita akan belajar macam mana nak guna Microsoft Words, cara nak buat Table of Contents dan segala aspects tu kita boleh tekan je dari Table of Contents dan dia akan terus bawak kita ke page yang kita nak tengok tu. I hope you understand what I'm trying to say here hehe Lepas tu pulak, kita akan belajar guna spreadsheet, Microsoft Excel. Dapatlah belajar macam mana nak guna benda-benda dalam Excel tu. Nak buat charts, graphs, calculation dan sebagainya. Kita juga akan belajar pasal Microsoft Presentation. Macam mana nak letak video, nak buat page pertama slides yang ada bermacam-macam topics dari slides lain dan dari slide pertama tu jugak, kita boleh click topic mana yang kita nak tengok. So, dia akan terus skip ke slide yang kita tekan tadi. Tak main dah tekan arrow kanan kiri tu kekeke dengan kata lainnya, kita akan belajar macam mana nak link kan satu slide ke slides yang lain. Saya harap awak fahamlah sebab saya pun tak faham apa yang saya cakap huhu maafkan diri ini :(
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ 

So, I guess that is it for this semester, semester ni ada 3 je exams, tapi busy dia, dari awal sem sampai ke habis tak pernah nak sudah! ihiks THANK YOU FOR READING, ALL THE BEST GUYS!

5 comments:

  1. Teruskan menulis sisturrr! 😍 Banyak informasi & semangatttt dari blogggg sistur. In Love dah 😘🌹

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aww alhamdulillah terima kasih 😘😘😘😘

      Delete
  2. Jangan lupa update sem 5 nt tau. Blog awak sgt bermanfaat 😍 saya bulan 9 ni baru sem 2 😂

    ReplyDelete
  3. boleh ajar tak mcm mna nk buad html tu. ada tips tak?

    ReplyDelete