Sunday 20 November 2016

Semester 3 Office Management (Entry 2)

Assalamualaikum you guys :D

Kursus Universiti
Kali ni still kursus universiti sebab OM ada 4 Kursus Universiti sem ni kekeke 

Foundation Arabic (Level I); TAC101
Saya minta maaf sebab tahun lepas saya cakap OM di kampus saya akan belajar Mandarin untuk third language. Well, benda tu betul, used to lah. Sekarang dah tukar kepada Arabic sebab takde lecturer Mandarin start dari batch saya hewhew

Awal-awal ramai sedih sebab dah excited nak belajar Mandarin dari dulu, tetiba turn kita orang nak belajar Mandarin, kena tukar Bahasa Arab pulak. Awal-awal susah nak terima tapi lama-lama bersyukur dapat belajar Arab, lagi-lagi ustazah yang baik dan sangat penyayang!! Disebabkan ustazah kita oranglah, kita orang jadi makin suka dekat Bahasa Arab!! Dia ajar bagus sangat! Best!

Selalu kelas lain rasa macam lama je nak habis. Selalu check jam sebab tak sabar nak habis kelas haha kelas Arab ni 2 jam, sama je macam subjek lain, tapi rasa sekejap sangattt. Kadang-kadang bila kelas habis ramai terkejut "eh, cepatnya habis!" so nampak tak kat situu. Masa berlalu dengan pantas bila kita tengah enjoy sesuatu benda tu. So memang kita orang makin suka belajar Arab sebab banyak aktiviti ustazah kita orang buat. Rasa hati yang sedih bila awal-awal sem tu dah terubat gituuu hahaha sayang ustazah! Harap-harap ustazah tak pindah kampus lain sem depan :(

Kita akan belajar daily conversations; macam nak perkenalkan diri, pasal makanan, kerja, warna dan macam-macam lagi. Basically Arab ni awal-awal memang rasa susah sebab awal-awal kan tak tahu apa sangat, tapi bila dah lama-lama belajar, makin senang nak faham. Yang penting, kita kena rajin nak mendalami dan kena ada semangat nak belajar. Kalau tak semangat, susah nak absorb apa yang kita belajar hehe untuk subjek ni, saya hafal je segala perkataan yang ada dalam buku teks tu. Memang yang masuk exam benda-benda yang ada dalam buku tu je. Saya suka subjek ni jugak sebab benda baru kot! Kadang-kadang berborak Arab dengan budak kelas so macam awesome! Haha

Untuk Arabic ni akan ada Writing, Listening dengan Reading jugak macam ELC. Writing tu kita akan jawab soalan macam kena susun ayat, betulkan grammar etc, maksudnya test bertulislah. Untuk listening pulak, lebih kurang macam listening test ELC which kena dengar soalan and pilih jawapan yang betul. Reading pulak, kita kena baca petikan yang kita dapat, depan lecturer. Dia ambil kira sebutan kita betul ke tak, lancar tak, dan tu semua ada markah. Lepas tu ustazah akan tanya soalan dan kita jawab terus secara lisan.

Arab ni pun best sebab haritu setiap kelas kena buat choral speaking lawan dengan kelas-kelas yang lain. Satu malam tu memang malam untuk kita orang berchoral speaking dan ramailah senior dan orang course lain datang. Tapi sambutan tak berapa ramai haha tapi bestlahh sebab dah banyak kali kita orang gadai masa demi nak practice choral speaking tu. Makin rapat dengan budak kelas sebab almost every day ada practice. Sepanjang practice tu, sanggup gadai masa tidur sebab nak choral speaking kita orang perfect. Bila dah rasa perfect dan puas dengan performance kita orang, terus sekelas bangga sendiri padahal belum lawan lagi hahaha menang kalah tu adat pertandingan, yang penting ialah the memories that we got to create together :D

Kursus Utama

Executive Note-Taking; OBM200
Untuk subjek ni pulak, kita akan belajar cara nak ambil nota dengan laju, so kita akan belajar abbreviations dan short forms dalam bahasa Melayu dan Inggeris. Cohtohnya, perkataan yang diakhiri dengan 'lah' akan dieja sebagai L sahaja. Contohnya, tunjukL, tapi kita kena buang vowels antara consonants, so jadi 'tnjkL'. Awal-awal memang rasa kenapa pelik sangat subjek ni haha contoh ayat, "hri n, s nk prgi psr u m bli dgG d rti." Maksud dia sebenarnya "Hari ini, saya nak pergi pasar untuk membeli daging dan roti." Tu je hahaha nanti akan ada dua test, satu english, satu bm untuk test abbreviations kita betul ke tak dan juga kena tukar dari ringkas ke ayat penuh dan sebaliknya :D

Bila dah terer sikit, kita kena tulis apa yang lecturer kita baca (surat). So kena lajulah untuk note-taking ni. Note-taking ni sebenarnya berguna sebab bila kita dah reti, kita boleh tulis je short form kalau malas nak tulis sebab kita faham apa yang kita tulis tapi orang yang tak belajar subjek ni tak berapa nak faham sangatlah haha awal-awal akan rasa lecturer cakap laju sangat, tak dapat nak salin satu-satu apa yang lecturer cakap. Just make sure rajin revise balik untuk subjek ni, takut cepat lupa. Lepas dah salin apa yang lecturer baca, kita kena type semula apa yang kita dah tulis dan jadikan surat. The end.

Records Management for Office Professionals; OBM247
Subjek ni kena rajin fahamkan diri haha bagi saya, awal-awal saya tak faham sangat bila dah start chapter pasal indexing rules. Indexing ni, kita kena susun nama orang or company alphabetically, lepas tu ada perkataan yang kena ubah ke belakang, ada perkataan yang kena sambungkan etc. Dulu saya takut sebab dalam kelas saya tak faham sangat, tapi sebenarnya sebab saya je yang main kat belakang haha bila nak test, barulah try belajar. Rupanya senang je, sampai saya sukalah buat indexing dan cross-reference sebab dia kena susun sana sini so best haha

Subjek ni jugak kita akan belajar pasal office lagi. Belajar barang-barang dalam office, jenis-jenis perkakasan office, function registry, mail room, dan benda-benda yang berkaitan dengan office hehe

Kursus Bukan Utama

Principles of Economics; ECO120
Eco ni ramai takut tapi tak perlu takut pun sebenarnya. Buku dia memang ada perkataan yang sukar difahami sikit, so kena rajin bukak kamuslah. Bila dah tahu makna perkataan tu, make sure tulis dalam buku eco kita tu so that bila baca balik takyah susah-susah nak cari maksud perkataan tu balik. Eco ni elok dibaca berulang kali. Pertama kali baca ingat faham dah, rupanya bila baca kali kedua, ohh ni makna dia rupanya! Tersalah tafsir sebelum ni haha

Kita akan belajar microeconomics dengan macroeconomics. Kita akan belajar pasal demand and supply. Contohnya, bila demand dan supply untuk sesuatu barang meningkat or mengurang. Belajar pasal market equilibrium, market structure, macam mana nak kira revenue, marginal cost, national income apa semua. So, kalau nak tahu apa semua tu, tunggulah sem 3 nanti kekeke

Eco ni kena faham je sebenarnya. Jangan setakat baca tapi tak faham. Make sure faham betul sebab bila faham senang nak ingat. Kalau time exam kita lupa ke apa, at least kita faham, so bolehlah terang apa yang kita faham kan hehe jangan anggap subjek ni susah sampai nak give up. Positive kan diri yang kita boleh buat, inshaaAllah kita boleh. Kalau faham betul-betul, tak susah sangat pun dan tak senang sangat jugak haha interesting je sebenarnya. Kalau jawab soalan kena hati-hati, make sure faham betul-betul apa yang soalan nak.

Hafal graph yang kita belajar jugak sebab nanti ada soalan yang suruh kita sketch graph. Dah sketch tu kenalah label semua axis yang ada, so make sure hafal bentuk graph betul-betul sebab dari graph jugak kita kena explain graph kita tu kalau soalan mintak explain hehe bagi saya, buku teks Eco yang warna hijau tu memang terbaiklah explanation dia sebab dia memang terang satu-satu so senang nak faham. Jangan malas baca dan fahamkan je, kalau malas memang rasa susah hehe

Eco sebenarnya dah tukar credit hours dia. Dulu 3ch je, sekarang dah jadi 4 credit hours. Banyak kot! So memang kena jaga betul-betul sebab kalau gred eco teruk sikit, dah boleh jatuh menjunam pointer :O Pengajarannya, jagalah Eco macam anak sendiri bagai menatang minyak yang penuh, inshaaAllah tak menyesal haha

Public Speaking; COM165
Public Speaking ni best!! Ramai tak suka sebab kena bercakap kat depan tapi saya suka!! hahaha sorrylah banyak sangat subjek yang saya suka :p

Mula-mula akan belajar theory, macam mana nak jadikan public speaking kita bagus. Lepas dah habis belajar satu buku text, kita ditugaskan untuk membuat public speaking in ENGLISH depan the whole class! Nama pun public speaking kan, so kenalah ada audience kekeke

Ada 3 speech yang kita kena buat. First speech, kita akan diberi tajuk untuk introduction. Kita buat speech berdasarkan tajuk yang diberi mengikut kreativiti selama 3 minit. Tu memang akan ramai bagus sebab semua motivated nak markah penuh. Tapi lepas tu kena buat lagi 2 speech; informative and persuasive selama 8 minit. Untuk informative, kita kena cerita benda yang kita nak orang tahu. Contohnya, macam mana nak kekal sihat. So kita akan ada 3 points yang kita kena ellaborate. So ada introduction, 3 points and penutup. Semua orang akan nervous, beza dia sama ada kita tunjuk nervous kita atau tak. Untuk persuasive pulak, kita kena persuade orang untuk buat sesuatu, maksudnya kena ajak orang. Contohnya, persuade orang untuk berhenti merokok. So dalam speech kita tu kenalah cakap kenapa rokok ni bahaya.

Bila kena buat informative dengan persuasive tu, maybe ramai dah start busy sebab dah pertengahan semester, nak habis dah pun. So make sure kita prepare awal-awal speech tu. Jangan tangguh buat outline apa semua sebab nanti lagi busy. Practice speech kita tu berkali-kali so that bila buat kat depan, kita jadi lancar :D

Tajuk kita jugak kena menarik, make sure yang boleh menarik perhatian orang sebab bila kita bagi speech kat depan, kita kena confident. Kita akan dapat markah dari cara penyampaian speech. Kalau tajuk kita bosan, kawan pun malas dengar. Bila kita tengok kawan kita yang tengah tak dengar, so mesti rasa down. Bila kita down, kita pun dah tak berapa nak confident, so markah pun kena tolak. Camtulah cerita dia. Bila orang bagi speech, kita pun kena tolong dia jugak. Tunjuk yang kita berminat nak dengar so that dia pun confident :)

Ni lah peluang nak memperbaiki cara kita bercakap kat depan. Jangan malu, sebab benda ni inshaaAllah berguna untuk masa depan. At least kita ada experience bercakap depan orang ramai. Nanti dah habis belajar, lagi ramai orang kita kena jumpa. So gunakan peluang ni agar kita lebih confident untuk berjumpa dengan ramai lagi orang hikhik :D
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ 

So that's a wrap for this semester woohoo! saya enjoy semester ni walaupun kekadang rasa nak give up sebab agak busy, tapi tetap positive kan diri! Just believe that you can and everything else will fall into place :D Thank you for reading! Babai :*

4 comments: