Tuesday, 19 April 2016

Persediaan Selangkah ke UiTM

Hello everyone! So I know how some of you are clueless of the things to bring to your college especially when it is your first time :) So let's get going with the list:-

1. CHARGER PHONE
2. Cawan, pinggan, mangkuk, sudu, garfu
3. Sabun mandi, shampoo
4. Payung (in case kalau panas terik or hujan)
5. Cadar katil
6. Bantal (katil anda tidak disediakan dengan bantal)
7. Kunci almari
8. Ubat Gigi
9. Iron
10. Stokin hitam/putih (Koko takleh pakai stokin warna lain)
11. Penyepit baju (kalau jemur baju, takdelah baju terbang sebab angin)
12. Towel mandi
13. Al-quran
14. Sewing kit (mana tau baju tetiba terkoyak pulak kang)
15. Sejadah
16. Files (nanti belajar banyak dapat kertas lah apa lah so boleh simpan dalam files)
17. Berus gigi
18. Lots and lots of hangers
19. Selimut (in case tetiba sejuk or rasa macam ada monsters yang akan datang kacau)
20. Nail clipper (Lagi2 koko penting pengepit kuku ni. Panjang kuku kena denda nanti)
21. Sunblock (since banyak jalan nak pergi kelas, kulit banyak terdedah kepada matahari. Untuk mengurangkan sunburn dan untuk prevent skin cancer, elok pakai sunblock)
22. Tissue (tissue dalam kotak untuk letak kat bilik dan tissue kecik untuk bawak pi kelas, selalu peluh pi kelas bak hang)
23. Beg untuk bawak pergi kelas (tak kisah lah beg tepi ke backpack)
24. Facial Wash
25. Calculator, pencil box and stationeries (stapler, cellophane tape)
26. Botol air
27. Bekas kedap udara (kalau makan biskut or cereals tak habis, boleh masuk bekas ni)
28. Earphones (penting especially untuk subjek English (ELC) untuk listening test)
29. Torchlight (in case blackout)
30. Plaster
31. Panadol (senang kalau demam)
32. Kasut sukan (koko kena pakai kasut sukan)
33. Penyapu/penyodok
34. Berus baju
35. Deodorant
36. Test pad & A4

Tambahan untuk perempuan:-
36. Telekung
37. Kain batik
38. Serkup tudung
39. Tudung hitam BAWAL
40. Pin tudung banyak2 (banyak pin hilang nanti)
41. getah rambut banyak2 jugak XD

Untuk hari terakhir MDS, kena pakai baju kurung putih dan kain hitam bagi siswi. Pakai je baju putih sekolah dulu. Kalau dah terbuang pinjam je kawan yang tak buang lagi dorang mesti ada lebih sebab baju ni nak pakai sehari je, so membazir kalau beli baru. Untuk lelaki pulak, kena pakai kemeja putih, tie dan seluar berwarna hitam. Rasanyalah, lelaki punya tak ingat sangat tapi dia ada tulis dalam borang banyak2 tu so rujuk borang tu :D

Side note: photostate segala i/c, sijil dan penyata gaji parents banyak2 dan terus sahkan je semua tu lepas tu letak dalam satu file. Gambar passport pun 8-12 keping tu dah dikira life saving sebab nanti banyak nak kena guna untuk isi borang dan sebagainya. Jangan lupa bawak pergi universiti :)

Semester 2 Office Management (Entry 2)

Kursus Utama

Interpersonal Communications for Office Professionals; OBM155
Okay, untuk subjek ni memang ramai orang takut sebab buku teks dia pakai dari United States so memang gempak lah ayat dia. Tapi kalau rajin bukak dictionary, rajin fahamkan, senang je nak faham :) To me, subjek ni best, saya memang suka sebab subjek ni belajar pasal communication (komunikasi). Kita dapat tahulah macam mana nak jadi listener yang baik, macam mana nak jadi orang yang mampu berkomunikasi dengan baik, dengan menjaga hati dan perasaan orang at the same time. Kalau belajar je tak praktikkan tak guna jugak hehehe subjek ni kena banyak imagine lah kalau nak senang faham. Bayangkan je proses bila kita berbual, bila kita mendengar dan bila kita cuba interpret atau fahamkan apa yang orang cakap dekat kita.

Group project untuk sem ni best sebab assignment kita orang based on a movie (kena movie English). Kita orang boleh pilih movie yang kita orang nak, tapi yang sesuai lah, kena mintak persetujuan daripada lecturer dulu, kalau dia approve then okaylah boleh gerak project. Untuk project ni, kita orang kena tengok movie yang dah pilih tu, fahamkan dan cuba relate kan dengan topic yang kita orang dah belajar. Jangan malas nak buat project ni sebab kalau kita memang kasi komitmen kat projek ni memang senang nak belajar untuk finals nanti sebab projek ni memang kena kaitkan dengan apa yang kita dah belajar so bila nak finals nanti senang nak belajar balik sebab dah faham :)

Document Processing ll; OBM172
Subjek ni pulak memang ramai nak balas dendam. Nak tahu sebab apa? Sebab sem 1 ramai dapat A- or tak capai target. So bila dah sem 2, semua belajar subjek ni betul2 sebab memang nak A solid atau A+. Lagi2 subjek ni 4 credit hours so pointer banyak jatuh sebab subjek ni jeee. Dapat A- bukan sebab susah, tapi sebab tak biasa dengan format documents tu, so senang confuse. Saya memang geram betul lah so sem ni memang belajar sungguh2 untuk subjek ni. Kawan saya pun ramai rajin buat assignments subjek ni. Semua lepas geram. Bila dah dapat carrymarks, semua menghela nafas lega sebab alhamdulillah dapat A dan A+ so pointer tak lagi jatuh sebab subjek ni. Tapi geram pulak pointer jatuh sebab subjek lain hahahah

Subjek ni, kunci kejayaan dia ialah kerajinan. Subjek ni memang kena rajin. Kena rajin hafal format. Dari sem 1 memang subjek ni banyak assignments. Balik je kelas ada assignments. Alah bisa tegal biasa, bila dah sem 2, jari makin laju je type. So, assignments yang rasa banyak jadi rasa senang sikit sebab dah boleh siap cepat sebab jari dah makin laju. Takde terkedek2 dah. Buat group projects subjek lain pun rasa senang sikit, cepat sikit nak siap sebab jari dah laju so tak rasa banyak and lama nak siapkan macam sem lepas :) Subjek ni kena banyak hafal format. Subjek ni kena type untuk Bahasa Melayu dengan English pulak. So kalau nak process documents contohnya letter, ada malay version dia pulak iaitu surat. Kalau Minutes of Meeting ada dokumen dalam BM pulak, Minit Mesyuarat. So setiap document yang kita belajar, kena buat untuk Bahasa Melayu dan English. Kalau sem lepas English je. Kelajuan menaip pun makin tinggi. Sem lepas dia nak 30 wpm (words per minute) je tapi sekarang dia nak 35 wpm untuk English. Since Bahasa Melayu tu baru untuk kita orang nak type, so Bahasa Melayu dia nak 30 wpm je. Overall, subjek ni memang best. Saya suka sangat. Lagi2 madam kita orang sem ni baik walaupun tegas :) rasa best bila buat assignments semua sebab boleh jet2 kerja office sebab kena siapkan documents semua XD

Office Administration ll; OBM 182
Subjek ni pun saya suka jugak sebab saya banyak dapat ilmu melalui subjek ni. Subjek ni still belajar pasal office semua tu tapi sem ni makin best kot sebab belajar pasal banking, pasal macam mana nak cari kerja, pasal meeting, pasal travel tapi bukan travel saje2, travel untuk bisnes lah kalau ada meeting outstation ke apa hehe tapi bagi saya, saya paling malas bab 4 lah kot, malas lah bukan tak suka sebab dia pasal perdagangan. So kalau dulu ambik perdagangan kat sekolah senang lah kot nak ingat dan faham. Saya bukan perdagangan dulu so kena usaha lebih lah untuk bab ni. Tapi bila dah faham senang je :)

Group project untuk course ni pulak bestttttt sangattttt sebab kita orang kena buat mock meeting or mesyuarat main2 hahahah kita orang kena reka bisnes sendiri so kena fikir lah kita orang nak jual apa. Lepas tu kena berlakon macam tengah dalam mesyuarat betul. So kita kena reka sales kita berapa lepastu kena buat report untuk semua department yang kita orang tubuhkan untuk meeting tu, so kena present lah report tu, macam orang present report dia kat meeting. Memang best lah buat projek ni, lagi2 saya kena group dengan senior. Side note; bila dah masuk universiti kalau fail memang kena repeat subjek tu. Or untuk subjek berantai macam document processing dengan Office Admin ni, kalau fail sem 1 punya, takleh ambik sem 2 punya sebab dia berkait, kecuali kalau dah lulus sem 1 punya lepas dah repeat. So kadang2 akan ada lah senior dalam kelas korang. So sem ni kelas saya ramai senior. Lecturer kita orang memang suruh setiap group ada sorang senior at least. Group I lucky sangat dapat sorang akak senior ni. Dia memang rajin buat group project so memang senang bila ada dia. Dia jugak banyak ajar kita orang pasal komputer. Disebabkan dia, saya dapat meningkatkan kemahiran berkomputer ni lah. Kalau dulu selalu pakai Microsoft Word/Presentation je, sekarang dah boleh pakai Microsoft Publisher. Memang dengan akak senior ni jari saya makin rajin dan banyak explore komputer. Kita orang siap buat sendiri je labeling untuk semua product kita orang.

Kita orang pilih untuk jual jam untuk bisnes kita orang. Ada group lain yang jual tudung, kek, scrub dan sebagainya. Memang best lah sebab rasa macam dah keluarkan product sendiri. Disebabkan akak ni, kita orang ter-inspired untuk buat nutrition facts sendiri dan sebagainya.

Ni contoh Nutrition Information yang kita orang buat sendiri untuk product kita orang.

Ni 360 view of our jams. Ada perisa blueberry, pineapple dan strawberry.

Tadaa! I really like this picture of our products hehehe logo ni memang kita orang buat sendiri pakai picsart je so memang bestlah dapat feel logo sendiri kena featured :)

Kursus Bukan Utama

Malay Language for Office Management; BBM110
Haa korang mesti ingat dah freedom takyah belajar Bahasa Melayu dah kan hahahahah sama lah jugak XD tetiba kena belajar lagi aduii. Tapi best jugaklah belajar BM ni. Takdelah belajar macam BM kat sekolah tu. Sekarang BM ni dah dikaitkan dengan course OM ni so memang belajar BM yang berkaitan dengan ofis macam warta kerajaan, broshur, risalah, minit mesyuarat, memo, surat rasmi dan taklimat.

Assignment BM ni takdelah susah sangat. Ada kena buat poster, lepas tu dapat carrymarks 10 markah. Kena buat broshur, pengucapan awam. Tapi rasanya carrymarks saya banyak hilang sebab buat poster dengan broshur tulah. I'm not that artistic :(

Untuk final exam, subject ni stress sikit lah sebab kena buat dua karangan pendek untuk bahagian A dan satu karangan sekurang2nya 450 patah perkataan untuk bahagian B, bahagian ni ada ceramah, taklimat, ucapan dan skrip pengacaraan. Dahlah dua jam je. Bagi saya masa tu tak berapa nak cukup sebab tak sempat pun nak check balik. So kenalah pandai jaga masa buat exam BM ni. Tetiba pulak format exam sem ni tukar, daripada boleh pilih satu soalan daripada empat soalan untuk bahagian B (ceramah/ucapan/taklimat/skrip pengacaraan), tetiba ada satu soalan je so wajib jawab soalan tu jugak. Dahlah skrip pengacaraan pulak tu. Memang lawak lah sebab tak hafal format T.T Memang dah prepare nak jawab ceramah, tetiba takleh pilih pulak, hentam sajalah. So, moral of the story, you have to be well prepared untuk semua subjects. Kadang2 format berubah. Lepas tu kalau past sem papers banyak soalan tu ulang2, tetiba sem kita pulakkk dia nak buat soalan barulah, kbat lah, apa lah, so just be well prepared :)
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ 

So I guess that is all for my second semester. Overall, I really enjoyed this semester, I love my roommate and Taekwondo mates hehehehe makin rapat dengan sekalian manusia di kampus :)

Semester 2 Office Management (Entry 1)

Assalamualaikum everyone :)

I've just completed my second semester and I must say that it went great! Sem ni makin banyak main, mungkin jugak sebab dah lupa tujuan utama datang universiti ni uhuk masuk universiti janganlah jadi sloth asyik duduk bilik je. Join lah kelab yang you all minat. Saya masuk Taekwondo sebab saya memang minat. Sem ni memang banyak menghabiskan masa dengan orang Taekwondo. Masuk kelab ni best sebab kalau gaduh ngan budak kelas at least ada kawan kelab nak keluar bersama. Lepas tu dapat jugak kenal orang course lain, kenal senior, kenal junior so lagi ramai kenalan makin bahagia hidup ini XD Kalau malas masuk kelab, rajin2kan lah diri jogging waktu petang. Pergi semua events yang ada. Kehidupan dekat universiti jadi lebih best kalau kita banyak aktiviti nak buat. Buat kenalan dengan budak kelas lain jugak or course lain. Awal2 saya tak reti sangat nak bergaul dengan orang. Lama2 sampai orang pun tak sangka saya segila ni XD

Okay so marilah mulakan dengan subjek semester 2. Semester ni takdelah susah sangat dan takdelah senang sangat cuma tak banyak masa macam semester 1 sebab assignments makin gempak or saya je yang banyak buang masa :') Saya suka most of the subjects yang belajar semester ni tapi taktaulah kalau memang saya nerd or subjek tu memang best :3

Kursus Universiti

Integrated Language Skills - Reading; ELC150 (English)
So, as you all know, we still have English for our second semester. I quite have a love-hate relationship with English because English sometimes annoys me too lmao for this sem, it involves a lot of reading. Just like the first semester, you will be assigned on a short story for you to work on. However for this semester, you will have to read the short story and not listen to the audio. You will be given a lot of short stories to choose from but you will have to choose only three. Choose the ones that you can understand well. There will be three PRLs throughout the whole semester. PRL is the actual reading test which you will have to answer a question, just a question in an essay form based on the short story that you have studied. Two weeks before the real PRL, your lecturer will have to inform you about it. Since there will be three PRLs, so you will have to focus on only one short story for every PRL. Mainly asked questions are "If you could change the ending of the short story, how would you end it" "Who is the one character that you like most from the short story and give the reasons why".

There will also be a listening test but it's only a computer-based test so you will have to listen to the audio and answer the multiple questions on the assigned computer. You will also have a speaking test for this semester. There will be an individual speaking test and group speaking test. For the individual speaking test, you will have to answer a question that is given to you orally. For the group speaking test, it's just like role-play but you will have three or four people in your group. You guys will have to pretend like you guys are having a discussion on a topic (based on the question given) and you guys will have to come up with a solution or agreement like that.

Islamic Thought and Civilization; CTU151 (Agama)
Subjek ni ialah subjek kebahagian bila dia dah habis sebab tak ramai suka hahaha bukan tak suka tapi tak mampu menanggung peritnya sebab banyak sangat. Subjek ni macam sejarah sekolah, ada pasal Bani Umayyah, Kerajaan Abbasiyah, Khulafa' Ar-rasyidin semua tu, so memang macam sejarah betul lah. Selalu tertanya2 jugak diri ni mampu ke nak hafal semua, dahlah buku teks dia tebai bak hg. Belajaq untuk exam haritu pun agak last minute tapi alhamdulillah habis jugak baca satu buku. Ramai je buat kerja malas, baca notes kat internet je tapi I ni jenis gelabah. Takut notes dalam internet tak lengkap, so sanggup lagi baca buku CTU yang tebai terux tu. Semoga anda bergembira dengan subjek ini dan semoga anda tak kena mental breakdown huhuhu I might be exaggerating though. Remember that I'm only saying it based on my point of view. Kalau orang yang suka sejarah tu boleh lah suka kot hehe

National Kesatria ll, HBU121 (Koko/Kor)
Alhamdulillah, habis jugak kor semester 2 ni :') sis bangga, teruja dan terharu. Kor ni best kalau dapat komander best yang baik yang layan korang macam manusia :') hakhak anda seharusnya tidak perlu stress untuk pergi kor kecuali kalau komander korang jet2 garang dan pembuli. Untuk kampus saya, JPAM, okaylah untuk semester 2 ni. Suka lagi saya kor JPAM semester 1 sebab pks(komander JPAM) sem 1 ramai baik and dorang memang memahami. Start pun pukul 5:15 petang bukan 5:00 petang tepat. Memang takyah rushing nak solat siap semua :') tapi komander sem 2 ni, mungkin mereka eksaited hehe sebab bila dah sem 2, komander kita orang bukan lagi senior tapi sep2 part 2 jugak. Memang dak2 batch kita orang lah. Start pun 5:00 petang tepat aduhai memang selalu berlari lah hari Rabu :') Setiap kampus, lain kor dia. Ada yang kor hari lain. Komander pun lain2. Tapi untuk kampus ni, best bila final kor lah. Komander dan lecturer masing2 membantu anak2 jagaannya untuk menjawab exam :') Terima kasih sangatttt :*

Friday, 20 November 2015

Kursus Utama dan Bukan Utama Sem 1

Hey, what's up you guys :D So let's continue with kursus utama sem 1.

Kursus Utama ada tiga subjek and to me semua best :p

Personality Development; OBM100
So basically, ni lah subject yang ramai minat or just malas nak masuk sebab subject ni, lecturer ktorang suruh ktorang pakai high heels pergi kelas and pakai make up everytime pergi kelas. Well it was fun walaupun geli2 hahahahah I ni bukannya perempuan sangat. I don't really like high heels and make up. Ada kelas lain yang lecturer tak suruh pun pakai make up or high heels, so tu macam senang lah hidup but it was a great experience jalan dengan muka yang bermake up in public untuk pergi kelas lol

This subject will also teach you about the table etiquettes untuk kamu india, melayu, cina dan mat salleh dan macam mana nak pakai sudu and chopsticks. Ada belajar pasal culture, macam mana kaum tertentu kahwin dan sebagainya.

Ada jugak belajar macam mana nak match baju, belajar pasal jenis2 kemeja lelaki dan sebagainya pasal baju. And nama subject ni pun Personality Development kan, so kita pun ada belajar pasal personality. What is good attitude and all. Belajar gaya hidup, pemakanan, senaman. Very interesting! Hehe

Document Processing; OBM 121
Document Processing ni, awal2 belajar, akan belajar typing dulu. Semua akan diajar cara nak type pakai 9 jari dan jari yang tak digunakan ialah ibu jari kiri. Jari lain semua digunakan. Dulu pun saya type pakai dua jari je. Sekarang, type pakai 9 jari so nampak cool lah sekarang macam mat salleh type dalam tv tu haha jk baru belajar beberapa bulan, saya tak biasa langsung dah type pakai dua jari. So sekarang melekat lah habit ni setelah 5 bulan.

Kita akan diajar untuk type satu persatu huruf tertentu dahulu. Contohnya, satu hari akan belajar type 4 huruf. So hari tu akan belajar huruf A S D F. Subject ni banyak assignment. Habis kelas je mesti ada assignment sebab lecturer nak kita practice type balik huruf2 yang dah belajar tadi so that ktorang akan terbiasa. Alah bisa tegal biasa cehh haha jangan merungut kalau memang selalu dapat assignment. Awal2 memang macam susah taktau boleh ke tak. Rasa banyak je assignment sebab bila dah belajar pakai 9 jari, jari terkedek2 cari huruf tu kat keyboard sebab kita takleh pandang keyboard langsung. Tu yang rasa banyak sebab lama nak siapkan assignment dah jari lembab padahal sikit je nak kena siapkan. Screen pulak tak digalakkan sangat untuk tengok bila tengah type, boleh tengok pun sekali sekala nak check salah. Kita kena tengok text and type apa dalam kertas je. Memang subject ni orang stress awal2 dulu. Tapi lama2 bila makin okay alhamdulillah assignment pun tak ambik masa yang lama nak siapkan. Practice makes perfect. Kunci dia, kena rajin practice je, jangan cepat mengeluh.

Lepas dah belajar type semua huruf, anda akan diajar untuk buat letter, report, memo dan table. Best! Lama2 takyah fikir dah sebab dah banyak buat assignment sampai hafal dah semua format. Bila sem satu ni anda kena capai 30 words per minute (wpm) dan lagi tinggi wpm lagi bagus :D Lama2 jadi mudah je semua kalau memang berusaha so takyah nak risau. Buat yang terbaik je :D

Office Administration; OBM 131
Okay, Office Administration ni selalu ramai ngantuk dalam kelas sebab dia banyak theory so banyak menghafal je. Tak macam subject OM yang lain. Subject ni akan belajar macam mana nak manage tempat kerja, macam mana nak jaga office health, nanti akan belajar pasal Carpal Tunnel Syndrome. Syndrome ni terjadi bila kita letak banyak pressure on our hands. So, nak elak syndrome ni, make sure bila type, jangan letak pergelangan tangan atas meja, make sure angkat pergelangan tangan. Pakai mouse pun sama. Nanti kalau lama2 biar pergelangan tangan atas meja bila type or tekan mouse, akan rasa sakit kat pergelangan tangan. Bila berterusan, tulah yang menyebabkan syndrome ni berlaku huhu nanti kena buang tissue2 dalam tangan.

Subject ni jugak belajar pasal macam mana nak sort mails, macam mana nak jawab panggilan dengan betul, office tu macam mana dan macam2 lagi. Dia best jugak sebab subject ni kena banyak imagine je baru senang ingat. Imagine macam mana steps kita nak jawab telefon semua then dia akan jadi mudah In Shaa Allah.

Untuk kursus bukan utama pulak,

Mathematics with Business Applications; MAT111
Okay so maths OM ni senang je kalau fahamkan. Memang banyak formula nak hafal, tapi kalau fahamkan kenapa formula tu jadi macam tu, dia akan jadi mudah untuk nak ingat.

Maths ni bagus sebab at least dapat tau macam mana bank discount, interest semua tu kahkah belajar jelah. Confirm A
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ 

So tu jelah untuk kursus utama dan bukan utama OM sem 1 hehehe

Thanks for reading :D

Thursday, 19 November 2015

Kursus Universiti Sem 1

Okay, so basically, I'm gonna talk about university courses sikit. Well probably it's not that important to some people but hopefully it would be useful to those who are always curious like me lmao

So we're going to start with:

Integrated Language Skills - Listening; ELC120 (English)
So this subject is just mainly listening. The name of the subject says it all. So, where do I start.

You will be given an audio for you to listen and understand, probably a month or two weeks(I don't really remember) before the LIRA which, you will have to answer a question that is given by your lecturer in essay form about the audio you've studied. Some people might search the story on the internet so that they can read it and understand, but if you think you can understand the story just by listening, I suggest you to not read the story at all. Just listen to the whole audio on and on and on until you really understand the story line because this is to test your listening ability, not your reading ability, so do yourself a favour and just be honest with yourself. You may not see the advantages now, but it will all be worth it.

You will also learn to answer questions based on the passage given like SPM so I won't go any further with it but to me, it was kinda hard lah because there was a lot of confusion lolz to me jelah but to some other people, they were doing okay. So, it just depends on you :)

You will also do a roleplay. You will be given a scene for you to act out, so you have to think of the points and blablabla. Just act it out lah haha make sure you are confident when you're doing your roleplay okay. Don't be shy or get startled :)

Fundamentals of Islam; CTU101 (Agama)
So, muslims will have to learn this subject but for non muslims, they will learn moral so I can't really give an overview of moral hehe so agama ni just macam agama spm kena hafal semua but takdelah pasal kahwin. To me, agama just gets more interesting because you will learn more about akidah which is rukun Iman, and ibadah which is rukun Islam dan juga akhlak. Best kalau korang belajar untuk ilmu. Cuba lah mendalami segala agama ni sebab nanti dah masuk sem 4 semua takde subject agama dah. So ni lah masanya nak gain knowledge dalam agama kita sendiri. Korang jangan terkejut kalau exam agama or dak2 UiTM panggil CTU, soalan dia cam memang pelik ah. Dia pakai perkataan arab which you don't even know the meaning sebab yelah, orang macam I ni pergi sekolah kebangsaan je, so asas bahasa arab ni kurang sikit hehe but no need to worry, you will survive. Just jaga carrymarks. Carrymarks penting tau. Carrymarks lah yang selalu banyak membantu pelajar. Takut je soalan exam pelik2 so baik jaga carrymarks. At least adalah jugak markah yang akan membantu kehkeh

National Kesatria l; HBU111(Koko)
So yeap, still ada koko. Kelab koko(kelab yeh or badan beruniform?) taktau panggil apa sebab selalu sebut koko je hihi dia ikut kampus lah jugak macam mana. For now, kat UiTM Pahang or specifically Jengka, ada Kesatria, BPC, Brass Band, JPAM, dan Kembara.

Kesatria ni banyak kawad lah untuk sem 1. Tapi Kesatria ada advantage. Naik sem 2, korang boleh pilih nak sambung Kesatria lagi or sukan. Kalau koko lain memang akan stay je ngan koko tu sampai sem 3 inshaaAllah. Bila naik sem 2, ramai suka pilih sukan rasanya. Kalau kat UiTM Jengka ada memanah, tenis, lain taktau hahahaha baru sem 1 so I don't know much hehe tapi kat sini kalau nak stay Kesatria jugak sem 2, yang saya dengar orang cakaplah, akan belajar taekwondo hehe bestlah self defence kot. Tapi kalau tak suka sukan, boleh ambik kelab masjid, kelab usahawan dan macam-macam lagi.

BPC ni ada kawad jugak. BPC or Badan Pertolongan Cemas ni lebih kurang macam pbsm kat sekolah. Tapi akan belajar lebih mendalam lah macam nama2 tulang, muscle semua.

Brass Band ni group yang main alat muzik. Macam band yang main bila merdeka tu haha macam tulah contohnya. Tapi tak semua kampus ada Brass Band rasanya. Bestlah Brass Band belajar cane nak main alat muzik, nanti kena pilih alat mana yang nak main pastu nanti belajar not muzik semua. Brass band pun kena march jugak, takkan duduk satu tempat je main muzik oii

JPAM atau erti kata lainnya Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, ni macam mana yeh nak cakap. Ni macam belajar jadi penyelamat kot haha nanti belajar pasal kebakaran, cpr semua. Cara2 nak bantu orang lah kot hehe JPAM pun ada kawad. Semua sem JPAM ada kawad.  

Lastly, Kembara. Kembara ni banyak pengembaraan. Ada kem, nanti panjat gunung, ada lah aktiviti luar banyak. Kayak macam tu kot haha taktau ada kawad ke tak but rasanya ada. Nanti belajar cara ikat tali since nak mengembara kan hihi dan bermacam2 lagi :D

So tu jelah sedikit sahaja yang saya boleh explain untuk entry ini hehe nak cakap lebih2 nanti takut salah info pulak hehe Thank you for reading :D

Friday, 6 November 2015

What To Expect

Hey, so basically, today, I'm gonna tell you about 'what to expect' from this thing called 'University Life'.

So, firstly, it's not as the fairy tales you saw on tv. University may do you bad. What's going to make you feel stressed out the most is probably the problems you might face with your friends. It is not applicable to everyone though. Some people might just be really lucky to have good friends keliling pinggang, but to some, including me, you just gotta be really careful. Pay close attention to your friends' actions and reactions. Pay close attention to those who do not cheer for you when everyone else around is cheering for your success. They could be the ones who would be unhappy with your success and happiness. I'm not telling you to think negatively about everyone, but just be smart enough to know siapa kawan dan siapa lawan.

Some people could be quite shallow. They do not like to see you happy, or being good at something. At the same time, we have to make sure that we treat everyone right. Treat everyone how we wish to be treated. Don't be too selfish to think that it's okay to treat people wrong sometimes because it's not!!! If you don't like something that someone does, tell them. DO NOT STAY SILENT. AND DO NOT HOLD ANY GRUDGES BECAUSE THAT'S SO SHALLOW

DO NOT GET SO DENGKI OF PEOPLE'S ACHIEVEMENTS AND HAPPINESS. ALWAYS REMIND OURSELVES THAT WE'RE MUSLIMS, WE'RE NOT SUPPOSED TO DENGKI-MENDENGKI, BENCI-MEMBENCI AND HAVE EVERY FEELING THAT YOU KNOW YOU SHOULDN'T HAVE.

Be supportive of your friends' achievements, they deserve it. They have worked for it. Take them as an inspiration or something. Try to work harder so that we can be just like them. Rezeki orang lain2 so just be supportive.

Next, you will have your lepak week and sometimes you will have your chaotic week. Bila lepak memang lepak gila ah, tapi bila week tu pack, memang pack gila. Segala quiz, segala test nak ada dan segala group assg nak kena hantar minggu tu. So my advice is, make sure jangan tangguh group assg. Once you have all the information ready, just start doing your group assg. Sikit2 pun jadi lah. Lantaklah orang nak cakap kau gelabah lah skema lah blablabla, asalkan kau siapkan dulu so that bila nak quiz or test boleh belajar. Takdelah sibuk nak siapkan group assg. Orang yang shallow minded je yang rasa remeh siapkan group assg cepat2 semua. Nanti bila dah busy week baru dorang nak sedar tapi most of the time dorang tak sedar pun sebab selalu group assg, orang yang gelabah lah yang banyak dah siapkan untuk dorang. Manusia camni tak lain tak bukan hanya lah lalang. Biarkan mereka. Nak tegur pun tak guna. Dorang rasa dorang je lah yang cool, selalunya lah.

Fikiran tamadun adalah fikiran yang memikirkan sesuatu jauh ke hadapan. All the consequences and all the benefits. So anggaplah manusia lalang sebagai ujian. Mungkin satu hari nanti mereka akan sedar :(

Sunday, 1 November 2015

Office Management UiTM

Assalamualaikum people!
So basically, I made this blog so that I can give a little review about this course I'm taking, Office Management in UiTM. Course ni tak sepopular sains, engineering dan segala course yang terdapat dalam dunia ni. Sebab apa? Sebab OM(Office Management in short) ni down to earth sikit. Dia humble, sangat rendah diri kehkeh takdelah. Sebab course ni tak ramai nak tapi dapat. Tulah tak famous. Benda benar. Kalau tanya budak OM sendiri, mungkin dalam 90% tak mintak pun OM as first choice. Tapi, benda baiknya, ramai kawan aku yang letak OM choice paling terakhir, tapi alhamdulillah makin lama makin berminat dan berjinak2 dengan course ni macam anak kucing. OM was my first choice dan alhamdulillah dapat dan alhamdulillah setakat ni saya masih suka course ni.

Bila anda ambik course ni, anda kena bersedia dengan segala respons manusia sekeliling anda. Anda akan dapat lihat perubahan facial expressions orang bila dengar anda student OM, akan dapat soalan seperti "Kenapa kau ambik course ni?" dan bermacam macam lagi respons manusia. Jika anda bernasib baik, anda akan berjumpa manusia yang akan cakap "Bestnya course kau, belajar make up" kehkeh. Generally orang akan ingat OM ni budak2 yang suka make up, kurang pandai dan gedik terlebih perempuan. Sebenarnya tak pun, well for some people lah hikhik Orang fikir camtu sebab dorang taktau apa2 pasal course OM ni.

Ramai dan tersangat ramai kawan OM saya yang perangai tak serupa manusia hekhek takdelah. Ramai kawan saya yang ganas sebenarnya, tak suka make up dan ramai juga yang pandai2. Kelas OM lain ada dua orang dapat straight A's. Ada yang 7A, 5A, 4A. Pandai lah tu kalau tak, tak masuk uni ahaks not to brag, but I myself got straight A's tapi ambik OM. Sebab apa? Sebab tak lain tak bukan. MINAT.

Awal2 tahun dulu bila lecturer tanya sape yang letak OM sebagai first choice, hanya 2 3 orang je yang angkat. Yang lain semua ada yang last choice lah apa lah. Tapi setelah mula belajar course ni, dorang pun makin suka course ni alhamdulillah

Course ni best sebenarnya. Banyak belajar skills. Daripada typing ke make up ke third language ke managing dan sebagainya, apa lagi yang kau tak puas hati kahkah yang penting minat. Kalau ambik sains ke, engineering ke, tapi tak minat, tak jalan jugak hidup terpaksa. So, baik ambik course yang kau minat sebab segala rintangan yang datang kau takkan give up inshaaAllah sebab benda tu yang kau suka. Kalau suka Bio, ambiklah Sains or Medic. Kalau suka belajar main2, ambiklah OM kahkah jk tak tak.

Saya suka OM sebab saya suka belajar skills sebenarnya hihi semua orang minat lain2. So, ikut lah minat kalian. ada orang tak suka belajar skills, ada orang suka. So, fikir lah masak2 anda minat apa.

Saya ni baru part 1 (sem 1). So nak cerita lebih2 boleh cerita pasal sem 1 jelah limit dia uhuk

Tak kenal maka tak cinta. Mari saya kasi course plan Office Management.

Semester 1

Kursus Universiti
Integrated Language Skills - Listening; ELC120 (English)
Fundamentals of Islam; CTU101 (Agama)
National Kesatria l; HBU111(Koko)
Untuk kursus universiti, anda akan lalui 3 subject yang sama untuk 3 semester berturut-turut iaitu ELC, CTU DAN Koko(di Jengka, kami panggil kor sebab kalau hang dok sebut koko nanti hang dihantar ke kilang koko berdekatan) dengan silibus yang lain semestinya. Untuk subject CTU, pelajar non muslim akan ambil subject moral sebagai ganti.

Kursus Utama
Personality Development; OBM100
Document Processing; OBM 121
Office Administration; OBM 131
Kursus utama ialah kursus yang berkaitan dengan course anda.

Kursus Bukan Utama
Mathematics with Business Applications; MAT111
However, maths tetap penting.

Semester 2

Kursus Universiti
Integrated Language Skills - Reading; ELC150 (English)
Islamic Thought and Civilization; CTU151 (Agama)
National Kesatria ll, HBU121 (Koko)

Kursus Utama
Interpersonal Communications for Office Professionals; OBM155
Document Processing ll; OBM172
Office Administration ll; OBM 182

Kursus Bukan Utama
Malay Language for Office Management; BBM110

Semester 3

Kursus Universiti
Integrated Language Skills - Writing; ELC230 (English)
Islam and Management; CTU263 (Agama)
National Kesatria lll; HBU131 (Koko)
Mandarin l; TMC101
Untuk subjek Mandarin, semua course dalam Faculty Business Management akan ambik third language but depends on your kampus jugak. Ada kampus yang belajar Arab ada yang belajar Mandarin and ada yang boleh pilih. For my kampus which is Jengka, semua OM students kena ambik Mandarin but semua Business and Banking kena ambik Arab because lecturer Mandarin ada sorang je based on what my senior said.

Kursus Utama
Executive Note-taking; OBM2OO
Records Management for Office Professionals; OBM247

Kursus Bukan Utama
Principle of Economics; ECO120
Public Speaking; COM165

Semester 4

Kursus Universiti
Mandarin ll, TMC151
Fundamentals of Entrepreneurship, ENT300

Kursus Utama
Office Software Applications; OBM255
Behavior in Organizations; OBM260

Kursus Bukan Utama
Computer and Information Processing; CSC134

Kursus Elektif
English for Workplace Communications; ELC270

Semester 5

Kursus Utama
Information and Research Skills; OBM301
Organizing Events; OBM 310
Office Simulation; OBM320
Principles of Corporate Compliance; OBM340
Administrative Office Management; OBM345

Kursus Bukan Utama
Introduction to financial Accounting; ACC106
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ 

Best kan? Memang best pun haha InshaaAllah I will update more posts on the subjects I've learnt.

*Saya ni jenis yang campur aku, I, saya, kita dan segala macam bila cakap so semoga anda boleh terima